Penipuan Cara Baru kepada kakitangan awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya dalam dunia teknologi yang semakin berkembang kini, penipuan semakin banyak berlaku. Cuba anda lihat kaedah penipuan terbaru dimana ada penipu yang meminta pihak sekolah mengemaskini maklumat tertentu yang mengakibatkan memberi kesan terhadap mereka yang terkena.
Cukup menakutkan apabila penipuan kini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah termudah sebegini.
penipuan-kaedah-baru

penipuan-kaedah-baru-kedah
Sumber :- FB Ara Esfahan

Diberitakan ada yang duit gajinya telah tiada dan akaun bank telah kosong. Kadangkala pelik juga camne mudah penipuan ini dilakukan. Adakah ini dilakukan oleh orang dalam bank sendiri? Wallahualam

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan :-

PERHATIAN!

Kementerian Pendidikan Malaysia Tidak Mengeluarkan Sebarang Arahan Kepada Sekolah-Sekolah Untuk Memberi Senarai Nama Guru-Guru Dan Kakitangan Sekolah Bagi Tujuan Pengemaskinian Maklumat Pangkalan Data Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Oleh Yang Demikian Diharap Semua Sekolah Tidak Mengambil Sebarang Tindakan Menyalurkan Maklumat Tersebut Kepada Individu Tidak Bertanggungjawab Yang Meminta Maklumat Menerusi Emel Sekolah Masing-Masing.
Walau Bagaimanapun, Bagi Sekolah Yang Telah Mengemukakan Maklumat Tersebut, Adalah Dipohon Untuk Membuat Laporan Polis Segera Bagi Membolehkan Siasatan Lanjut Dibuat.

BAHAGIAN AKAUN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sumber :- FB Kementerian Pendidikan Malaysia

Dah ada kenyataan diharap pihak berkaitan akan lebih berhati-hati sebelum memberi sebarang maklumat sulit kepada individu yang tidak dikenali. Pihak-pihak berkaitan yang bertanggungjawab dalam maklumat sulit kakitangan perlu di berikan pengetahuan tentang kaedah penipuan terbaharu ni.

Sekian

p/s :- Pergh.. Sedih bila baca komen ada yang kata duit kat bank terus hilang. Dan ada yang lebih pedih bila ada yang tetiba dapat surat pinjaman yang tak pernah dibuat.

Please follow and like us:
error0

8 thoughts on “Penipuan Cara Baru kepada kakitangan awam

  1. Fuhhh macam ni pun ada kan? Pelik betul dunia sekarang.. Penuh dengan dusta.. Tinggal kita nak ikut yang mana satu je lah.. Anyway rasanya 1st time datang sini.. salam perkenalan bro dari blogger newbie dan picisan..

  2. Info dari member-member bagitau ramai yang dah terkena staf-staf belah negeri Kedah. Negeri-negeri lain tak tau lagi. Bagi penjawat awam, better update laman web dan no fon kat website ANM untuk elakkan dari terkena.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.