Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni saya nak bercerita tentang penilaian prestasi kerja.. Bagi anda yang kerja kerajaan tentu tau tentang helaian kertas yang diperlukan untuk diisi pada setiap tahun..
Nampaknya seperti biasa saya akan mengisi borang penilaian prestasi.. Kalau diikutkan situasi semasa dan konspirasi peringkat atasan saya akui markah yang akan saya dapat mungkin rendah.. Ini dapat dilihat berdasarkan kutukan dan hinaan dari mereka-mereka yang berada diatas..
Mungkin kesilapan kerana tidak menyediakan pelan B awal-awal.. Ini kerana perkara ini sedikit sebanyak akan menganggu periuk nasi saya.. Hm.. biasalah kalau keje dalam sesuatu organisasi memang beginilah jadinya .. Akan ada individu yang cuba untuk memijak kepala masing-masing semata-mata untuk kepentingan peribadi.. Dan tak kurang juga salah menyalah yang berlaku bagi melepaskan diri masing-masing.. Kandang pejabat yang mampu menyebabkan manusia-manusia bercakaran sesama sendiri.. Okay saya sekadar berkongsi beberapa perkara yang menyebabkan prestasi saya merudum dan menambahkan tekanan……….
1. Saya ditugaskan untuk menjaga sistem pengurusan akaun rumah awam.. Seperti biasa kena tanggung masalah sebab sistem ni dah separuh jalan.. Lebih-lebih lagi orang yang dulu2 terlibat dah pun tiada.. Vendor lama dah tak layan lagi, sambil vendor baru pula mengalami masalah dari segi pengurusan, kualiti pekerja dan sebagainya.. Masalah ini telah menyebabkan saya selaku penjaga sistem ini di cop ‘tak tahu IT’ , ‘memalukan’, ‘tak layak jadi PPTM’ dan berbagai hinaan lagi dibelakang.. Tak mengapalah, dunia ni bulat.. Hari ni saya dihina, satu hari nanti saya yakin akan berjaya.. Malahan lebih bagus dari orang yang menghina tu…….
Berbalik kepada sistem, memang sukar kalau nak menjaga sistem yang bertukar dari satu platform ke platform lain.. Dari Nortel ke web base (VB.net) .. Dan diburukkan lagi dengan komitmen pengurusan yang asyik menyalahkan sistem tapi tiada sebarang pendapat atau cadangan untuk memperbaikinya..
2. Kerja yang tiada pengkhususan.. Ini biasa berlaku di mana-mana jabatan kerajaan. Anda bayangkan seorang penolong pegawai teknologi maklumat yang kononnya sepatut bergelumang dengan pembangunan sistem, rangkaian dan teknikal komputer terpaksa menghantar bil rumah awam, menguruskan perkhidmatan teledesk, membuat surat tawaran pembelian rumah, kempen jualan rumah, pengumpulan data rumah seluruh negeri melaka.. Tak cukup dengan itu saya juga terlibat dengan banyak jawatankuasa berkenaan IT.. Mana nak tumpu nak buat website jabatan, buat sistem itu sistem ini…
3. Kekurangan orang bawah… Saya hanya memiliki 2 orang OMPD yang boleh diarahkan untuk membantu saya.. Dan baru-baru ini seorang dari mereka telah melahirkan anak.. Jadi memang pening kepala kalau nak cari bantuan…
Begitulah serba sedikit mengenai cerita prestasi kerja saya.. Kadangkala saya merasa tertekan seperti terasa ingin berhenti kerja..Tetapi bila pikir bahawa saya belum mempunyai sumber income lain jadi terpaksa teruskan dengan perasaan berat hati…
p/s :- Mungkin video ‘Sajak Kematian‘ dapat memberi pengajaran kepada kita semua..

















Biasalah..itulah lumrah alam.Memang wujud sikap manusia yang suka meletakkan kelemahan sendiri di atas bahu orang lain demi menampakkan kelebihan mereka sendiri.Namun,selagi bergelar hamba Allah..usah kita gusar sebaliknya ingatlah penilaian daripada Allah adalah yang terbaik dan ganjaran daripada Allah juga adalah yang terbaik.Nawaitu kita bekerja kerana itulah amanah Allah adalah yang sebaik-baiknya..
Reply
kesian ko ek. sabo je lah
Reply
patut lah. sekarang musim orang membeli borang prestasi kat kampeni ku. tak menang tangan. macam jual goreng pisang panas.
Reply
sabar2…adat bekerja makan gaji mmg begitu, apa pun gud luck.teruskan kerja tuh..pekakkan telinga. saya xpernah kerja dgn kerajaan tp biasa kerja jadi kuli orang kerajaan dulu2.
zool kau punya comment kt block http://bukaminda.com di detect as spam kerana guna url hopurl tu, kalau guna url ligakampung sure boleh
Reply
insya allah, kesabaran merupakan sikap yang paling mulia. sbb itu wujudnya dalam islam, “sabar itu separuh dari iman”!
mungkin ini salah satu ujian ke atas diri kau. tetapi jangan terlalu mempertahankannya kerana ia juga mengaitkan keupayaan kita terhadap sesuatu selain ingin kehidupan yang selesa.
Reply
bro..sabar..ko nak website lembaga perumahan..ko boleh contact aku..aku boleh buatkan.sekarang ni aku tengah on UPEN punya portal..
Reply
AASSHH –> biasalah.. kita kecil diorang besar..
KNizam –> tq..
lindosh –> ooo.. ko keje percetakan ker???
bukaminda –> hm.. ye lah.. telinga tak tahan .. selalu lari.. oo kena detect spam ek..
megat –> tq bro..
uzair –> ooo.. nanti aku contact … ingat nak buat portal simple2 je.. dulu ada suruh Micth buat sekali boss lama meninggal.. dah terbengkalai.. tapi camne nak bayor? kena LO ker?? huhuhuhuhu
Reply
Cuba bayangkan kalau ko keje PTM kat peringkat Kementerian lak dan takde org pun bwh ko? Kweng3x.. Mcm nak meletup kepala. Anyway, tabahkan hati dan yakin le bro Allah tu Maha Adil. Moga diorg dapat petunjuk. Amin..
Reply
iya la donia nie bulat….may b next time masa ko akan tiba so sabar ek…kita sma2 doakan AMIN
Reply
assalmmualaikum..
aku org it mcm kau jugak..dan aku mmg terasa apa yg kau rasa..aku pun tiada sesipa diatas dn di bawah aku..cuma aku yg terkontang kanting sorang diri.. dan aku adalah perempuan yg aku rasa kuat..sebab aku boleh menggangkat,memasang,membaiki komputer yg banyak.. dan org lain hanya tengok serta senyum je.. bukan nya nak tolong dan kesian. tapi bila masalah selalu kata IT tak guan, tak pandai, tak geti buat keje dan sebagai nyer.. semua benda kat tempat aku kena buat .. web site lagi, rangkaian lagi, sistem lagi..semua nya aku bt sorang dan yang paling tension sekalai TAK BOLEH GUNA VENDOR.. sape aku kalau nak bt semua keje tu.. aku tak larat.. boleh gile aku dibuatnye.
Reply
zool
Reply:
December 30th, 2009 at 6:23 pm
kesian.. takkan tak leh guna vendor??
Reply
mmm…aku juga org IT dalam gomen…dan adlh golongan pertengahan group B.
Rasa nak berhenti je…kekadang pikir dulu aku keja swasta tak lah seteruk ini..gomen keja tiada spesifikasi…kalau kena buat bhg aplikasi…semua aplikasi kena buat…jgn nak harap lah bantuan org..semuanya keja ko keja ko…keja aku keja aku..pepandai la nak hidup…
Stress …rasa nak berhenti…hai sabar je la..
Reply