Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Mungkin ramai yang ingat saya salah tulis.. Ye lah biasanya pengurusan jenazah tapi tajuk saya pula pengurusan kubur.. Ntahapalah si Zool ni kan..

Sebenarnya saya tetiba mendapat idea untuk menulis mengenai topik di atas ketika menziarahi kubur datuk dan nenek saya di Selandar .. Anda pernah sesat mencari kubur?? Saya yakin ramai di antara anda semua mengalami perkara yang sama.. Almaklumlah setahun sekali baru menziarahi kubur begitulah yang terjadi tatkala hari raya… Nasib baik kawasan kubur tidaklah terlalu besar jadi masih boleh berjumpa walaupun nama di nisan telah mula diliputi lumut atau telah terhakis.. Apa citer lagi??
Mungkin ada yang berasa bahawa pengurusan kubur adalah sesuatu yang remeh tetapi ianya adalah sesuatu yang perlu dilakukan. Bayangkan jika kawasan perkuburan yang luas.. Sudah pastinya sukar untuk pengunjung mencari tempat persemadian.. Saya berpendapat bahawa perlu diadakan petunjuk untuk memudahkan proses pencarian. Baru-baru ini dalam berita pada pagi Raya yang indah tatkala orang menziarahi kubur berlakunya perbuatan jenayah mencuri di kereta pengunjung dan menjual kembali bunga-bunga yang diletakkan di pusara.. Bayangkan tempat yang suci pun pencuri bermaharajalela.. Ini kerana tiada pengurusan kubur untuk memantau perkara-perkara tersebut..
Sebenarnya pengurusan kubur tidak semestinya perlu berbayar tetapi boleh dilaksanakan oleh masyarakat setempat.. Yang pentingnya pemantauan perlu dilakukan bagi memastikan kawasan perkuburan dihormati..
Apa pendapat anda?? Adakah anda setuju atau tidak dengan pendapat saya?








