Ingin berniaga online?? Cuba Niaga Kit
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini ketika berkursus di INTAN Kluang saya telah diberikan tajuk pengucapan awam. Berikut merupakan draft yang konon-kononnya ingin dipersembahkan..
Nak baca ker?? Klik bawah

” Terima kasih tuan/pengerusi majlis, Yang Mulia — Pengurus Program Kursus Induksi Bil 5/2008, Yang Berbahagia —- Penghulu Program, barisan ahli jawatankuasa dan rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kini tiba giliran saya Zool— untuk membentangkan pengucapan awam yang bertajuk ‘ Media Cetak Pemangkin Masalah Sosial’.
Apa itu media cetak? Saya yakin anda semua mengetahui apa itu media cetak. Dan sebagai seorang penjawat awam sudah semestinya anda sering membaca suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, risalah dan sebagainya.
Disebabkan tempoh 5 minit sahaja saya akan menyampaikan isi seringkas yang boleh. Dalam tajuk ini saya akan memfokus 2 isi penting bagi menyokong pernyataan di atas.
1. Media cetak banyak memaparkan bahan-bahan yang boleh dipertikaikan kesahihannya. Cerita-cerita mengenai gosip artis, fitnah memfitnah menjadi agenda utama dalam penghasilan artikel-artikel di paparan media. Kisah-kisah yang dijaja ini memberi impak negatif terhadap masalah sosial di negara kita. Gejala fitnah memfitnah menjadi ‘trend’ sehingga ia mampu meruntuhkan perpaduan antara satu sama lain. Perselisihan yang kecil mampu menjadi lebih besar dan akan menimbulkan berbagai konflik sesama kita.
2. Kita pergi ke isi yang kedua, media cetak menjadi alat mempromosi masalah sosial. Kenapa saya berkata begitu? Cuba anda pergi ke kedai-kedai jual suratkhabar dan majalah. Perhatikan betapa banyaknya majalah yang mengeksploitasi anatomu manusia samada perempuan mahupun lelaki untuk keuntungan. Tidak terfikirkah mereka bahawa cara itu sedikit sebanyak akan meruntuhkan akhlak masyarakat kita.
Kesimpulannya, media cetak menjadi pemangkin meningkatnya masalah sosial di negara kita akibat sifat yang rakus dengan keuntungan semata-mata. Jika tidak dibendung ianya mampu meruntuhkan negara sekaligus merosakkan perancangan ke arah negara maju. Akhir kata :-
‘ Ada mata pandang,
Ada telinga dengar
Ada mulut bercakap
Ada otak… Lu pklah sendiri..
Assalamualaikum”

Pergh.. Amacam pengucapan ni?? Ok tak.. Sebenarnya pada hari berlangsungnya pengucapan awam banyak kesilapan yang dilakukan ,.. Perkara yang dirancang tidak menjadi.. Insyaallah saya akan berkongsi kesilapan tersebut agar menjadi panduan anda semua..

Sambil tu anda juga boleh memberi pendapat tentang tajuk tersebut samada menyokong atau tidak sambil memberikan pernyataan bagi menyokong pendapat anda…

Tags: ,

14 Responses to “Pengucapan Awam - Media Cetak Pemangkin Masalah Sosial”

  1. Pengucapan yang baik bagi tahap masa yang singkat sebegitu. Kira oklah tu kalau berjaya ekspresi semua isi penting dan memperkukuh ayat dengan maksud yang jelas.

    Selamat terus berusaha!

    [Reply]

  2. hehe ganas skrip! hmm induksi best sebab dpt kenal ramai kawan… tp timetable yg pack mmg tak best :(

    [Reply]

  3. bagus zool cm ayat ni yang tak berapa best “Ada otak… Lu pklah sendiri..”..

    [Reply]

  4. shila –> tak berapa berjaya sangatlah shila.. masa time sebenar agak berterabur cakap..
    Faisal Admar –> skrip tu penting untuk pengucapan awam .. timetable pack ye?? memang pack tapi ada waktu banyak terluang masa cuti
    mohd hafifi –> sebenarnya ayat tu nak menarik perhatian orang.. sebab ada markah lagi..

    [Reply]

  5. kalau nak menarik perhatian orang takpe la sbb orang akan bosan kalau kita tak menarik dia dgr ape kita nak ckp..

    [Reply]

  6. media cetak adalah merupakan salah satu contoh perubahan budaya yang kita hadapi sekarang. apa yang terpapar itulah yang menjadi tahap pemikiran masyarakat hari ini..

    [Reply]

  7. Tahniah di atas ucapan yang memberangsangkan!

    [Reply]

  8. he.. he.. pengisian kira orait.
    Tapi ye la.. endingnya tu ada mcm sakit sikit nak dengo pasal, saya bayangkan majlis tu bukan program santai, ada org2 yg berhormat.. so takberapa nak masyuk…
    Kalau ‘Nabil lawal’ sendiri guna sesuainya dia sbb dia biasanya kendali program memang bentuk hiburan…
    apapun be the best lah!

    *Saya pun sikit ada penyakit menggeletar klu buat pengucapan awam.he he…

    [Reply]

  9. uweks.. ni draft ke awk? macam dh full script je ;)

    [Reply]

  10. mohdhafifi —> sebenarnya tu bukanlah untuk formal pun.. lebih kepada nak tengok samada boleh bercakap dan berdiri di hadapan.. terlalu banyak yang saya perlu perbaiki. nak menarik perhatian ramai tu tak pandai lagi.. mesti markah cukup2 makan je diorang bagi.. :(
    syia –> draft ni.. tapi bila berucap. ntahapa saya cakap pun saya tak tau.. diorang llagi lah tak paham.. :(
    wan wama –> biasa2 je..
    fasiha –> sebabnya time tu tak formal.. sebenarnya lebih untuk melihat kepetahan bercakap..

    [Reply]

  11. teks ucapan kau tu boleh cover utk 5 minit ke?

    aku baca je pun setakat 2 minit je… wahahahah

    [Reply]

  12. ok la tu… ada juga isi.. sy tengah induksi ni.. finin nak buat tajuk apa.. nak buat tajuk pasal pengaruh idola kat budak2 skol, tapi takut tersasul plak..

    [Reply]

  13. bro, nak mintak kebenaran nk pakai title sama utk aku punya ucapan awam jgk,bleh ke? thanx bro

    [Reply]

    zool Reply:

    Boleh tadahal punya…

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>