Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Penggunaan Bulu Tangkis Sintetik akan digunakan dalam kejohanan dunia

Nampaknya bulu tangkis tradisional yang menggunakan bulu angsa bakal ditamatkan penggunaan dalam kejohana BWF pada tahun hadapan.
Ini berikutan latihan dan percubaan yang dilakukan oleh badan dunia ini serta pengeluar bulu tangkis ternama, Yonex beberapa tahun kebelakangan ini.
Mungkin kita sedia maklum bahawa penggunaan bulu tangkis tradisional ini sering perlu ditukar selepas penggunaannya apatah lagi jika ianya perlawanan kompetitif.
Kadang-kadang baru 2 kali servis dah perlu menukar bulu tangkis baharu. Ini meningkatkan penggunaan kos apatah lagi bulu itu perlu diambil dari binatang iaitu angsa atau itik.

BWF dalam satu kenyataan telah memperkenalkan bulu tangkis sintetik bagi memberikan pembaharuan dalam sukan ini. Meskipun penggunaan bulu tangkis sintetik bukannya satu perkara baharu tetapi belum digunapakai dalam kejohanan utama.
Sebelum ini 3 kejohanan bertaraf rendah iaitu Kejohananan Itali, Kejohanan Cabaran US dan Kejohanan Cabaran Indonesia telah menggunakan bulu tangkis ini pada tahun 2018.

Bekas pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang pernah menggunakan bulu tangkis sintetik ini pada 2017 menjangkakan akan ada perubahan dalam corak permainan badminton.
Menurutnya, layangan bulu tangkis menjadi lebih laju berbanding biasa dan akan memberi kesan kepada pemain-pemain terutama pemain yang bersifat defensif.

Misbun dalam temuramahnya juga menasihatkan pemain-pemain untuk bersedia dengan perubahan ini. Beliau juga telah mengubah latihan dengan menggunakan bulu tangkis sintetik bagi menggantikan bulu tangkis tradisional.

Sumber :-The Star
THe Borneo Post

Ligakampung.com berpendapat bahawa perubahan ini pasti berlaku apatah lagi dengan kesukaran mendapatkan bulu binatang dan penggunaan sintetik perlu dilakukan. Mungkin para pemain perlu cepat untuk mengadapatasikan corak yang lebih sesuai selepas ini.

Jom tengok review di Youtube

Layankan juga video sejarah bulu tangkis ni

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)