Penggantian Kad Bank

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya saya telah berjaya menyiapkan kad pengenalan, lesen dan kad ATM Maybank. Di Jabatan Pendaftaran Negara saya cuma mengambil kad pengenalan kerana proses telah dilakukan pada hari Sabtu. Di Jabatan Pengangkutan Jalan saya hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk menyiapkan lesen. Sambil tu memperbaharui sekali lesen yang akan tamat pada bulan 11. Takpela sekali harung. Terbang dalam RM50 iaitu RM20 untuk denda dan RM30 bagi memperbaharui lesen.

Selepas itu ke Jalan Hang Tuah untuk hal kad ATM pula. Berpuas hati sebab tempat yang selesa dan kira oklah. Dalam tempoh kurang dari 30 minit dah siap. Tinggal kena setting ‘maybank2u’ semula sebab akaun lama telah ditutup. Sambil tu dapat kad debit maybank. Sebelum ni pakai kad ATM yang warna kuning, walaupun boleh pakai kad debit tapi tiada tanda VISA. Dah dapat kad Maybank tu terfikir samada boleh digunakan untuk paypal atau tidak.. Semak di internet jumpa blog lankapo yang memberikan caranya.. Bagus-bagus tapi masih belum buat pilihan samada pakai PB atau maybank untuk keluarkan duit paypal ke bank.. Takpe tunggu bila duit paypal dah banyak baru buat keputusan kot..

Lepas tu pergi ke CIMB bersebelahan bangunan. Aduyai, malangnya bila dimaklumkan sistem tergendala.. Waduh leceh bangat cam ni. Pegawai CIMB menyerahkan borang dan bertanya lokasi mendaftar akaun. Rupa-rupanya proses akan menjadi lambat sekira lokasi pembukaan akaun lambat dan beliau mencadangkan agar terus membuat di tempat mula daftar. Rasanya itulah yang akan dilakukan. Disebabkan sistem bermasalah terus sahaja pulang ke pejabat.

Untuk makluman, saya memiliki satu lagi kad ATM iaitu kad debit Public Bank. Yang ini lagi cantik, saya telefon pada hari Jumaat dan penjawabnya menyuruh saya pergi pada hari Jumaat hadapan. Maksudnya tak boleh siap on the spot.. Pelik dok ada sebab maybank selamba je buat jam tu gak..

Kesimpulannya, berdasarkan 3 akaun bank saya mengklasifikasikan Maybank yang terbaik. Selain dari servisnya, internet bankingnya lebih baik berbanding 2 bank tersebut.

Sekian.

p/s :- Minta maaf, artikel ini ditaip dengan kadar kelajuan yang maksima jadi mungkin ayatnya pun ada sedikit pening..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1915
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

11 Responses to “Penggantian Kad Bank”

  1. x-poNo Gravatar says:

    debit kad tune money ok x bro?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ontahla tak penah try plak…
    tapi ada yang kata ok…

    Reply

  2. KobotNo Gravatar says:

    Servis Maybank memang baik, nak keluarkan duit kat ATM pun ‘laju’, tapi CIMB bank pun menjadi pilihan hati ku juga :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    CIMB kadang2 lambat terutama time nak dpt TAC.. tapi duit online semua masukkan kat situ

    Reply

  3. haritzNo Gravatar says:

    senua bank baik kalau ader duit kita di dalam nya hehehe

    Reply

  4. safarNo Gravatar says:

    setakat cuma ada Public bank.Tunemoney sudah
    batalkan secara sendiri.ruginya.kalau tidak
    tentu ada 2 kad yang boleh guna untuk internet.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak payah byk2 pun.. cukup satu..
    janji berduit dalamnya

    Reply

  5. Dr HouseNo Gravatar says:

    Zool, tukar kepada kad debit Maybank xde kena caj kan? Maybank memang cepat sikit service dia, ari tu aku ada deposit syiling, ingatkan kena float. Rupanya xde. Kalau bank lain kena float.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak pasti plak aku.. tak try lagi…

    Reply

  6. KPSU(PA)No Gravatar says:

    Bro, pengalaman aku berurusan ngan PUBLIC BANK nie is the worse masa apply loan kete baru2 nie..Macam la kita nie melayu takder duit walaupun officer yang jawab tu pun Melayu. Last2 aku cancel ngan bank tu apply Ambank ngan EON Bank.Takder problem pun, dua2 lepas.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku pun masa nak dpt debit card sebelum ni pun ambil masa lama. tapi nak buat camne tu je yg sesuai utk duit online aku.

    Reply

Leave a Reply