Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya saya telah berjaya menyiapkan kad pengenalan, lesen dan kad ATM Maybank. Di Jabatan Pendaftaran Negara saya cuma mengambil kad pengenalan kerana proses telah dilakukan pada hari Sabtu. Di Jabatan Pengangkutan Jalan saya hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk menyiapkan lesen. Sambil tu memperbaharui sekali lesen yang akan tamat pada bulan 11. Takpela sekali harung. Terbang dalam RM50 iaitu RM20 untuk denda dan RM30 bagi memperbaharui lesen.

Selepas itu ke Jalan Hang Tuah untuk hal kad ATM pula. Berpuas hati sebab tempat yang selesa dan kira oklah. Dalam tempoh kurang dari 30 minit dah siap. Tinggal kena setting ‘maybank2u’ semula sebab akaun lama telah ditutup. Sambil tu dapat kad debit maybank. Sebelum ni pakai kad ATM yang warna kuning, walaupun boleh pakai kad debit tapi tiada tanda VISA. Dah dapat kad Maybank tu terfikir samada boleh digunakan untuk paypal atau tidak.. Semak di internet jumpa blog lankapo yang memberikan caranya.. Bagus-bagus tapi masih belum buat pilihan samada pakai PB atau maybank untuk keluarkan duit paypal ke bank.. Takpe tunggu bila duit paypal dah banyak baru buat keputusan kot..

Lepas tu pergi ke CIMB bersebelahan bangunan. Aduyai, malangnya bila dimaklumkan sistem tergendala.. Waduh leceh bangat cam ni. Pegawai CIMB menyerahkan borang dan bertanya lokasi mendaftar akaun. Rupa-rupanya proses akan menjadi lambat sekira lokasi pembukaan akaun lambat dan beliau mencadangkan agar terus membuat di tempat mula daftar. Rasanya itulah yang akan dilakukan. Disebabkan sistem bermasalah terus sahaja pulang ke pejabat.

Untuk makluman, saya memiliki satu lagi kad ATM iaitu kad debit Public Bank. Yang ini lagi cantik, saya telefon pada hari Jumaat dan penjawabnya menyuruh saya pergi pada hari Jumaat hadapan. Maksudnya tak boleh siap on the spot.. Pelik dok ada sebab maybank selamba je buat jam tu gak..

Kesimpulannya, berdasarkan 3 akaun bank saya mengklasifikasikan Maybank yang terbaik. Selain dari servisnya, internet bankingnya lebih baik berbanding 2 bank tersebut.

Sekian.

p/s :- Minta maaf, artikel ini ditaip dengan kadar kelajuan yang maksima jadi mungkin ayatnya pun ada sedikit pening..

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (11)