LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pengerusi berharap pemain Malaysia untuk beraksi dengan Cardiff City

Seperti yang peminat bolasepak tempatan sedia maklum, kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris dari Wales, Cardiff City F.C telah dimiliki oleh taikun Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan. Beliau selaku pemilik kelab tersebut teringin untuk melihat pemain bolasepak Malaysia beraksi di kelab tersebut. Buat masa ini, kemungkinan untuk melihat pemain Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris amat mustahil berikutan undang-undang imigresen di United Kingdom yang agak ketat.
Malahan, Cardiff City pernah cuba membawa 2 nama besar dalam bolasepak tempatan iaitu Safee Sali dan Safiq Rahim sedikit masa dulu. Tapi nampaknya impian untuk melihat mereka beraksi di Liga Perdana Inggeris terkubur akibat dari syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh pasukan tempatan.

Sumber : Sinar Harian

Mungkin cara terbaik untuk melihat anak tempatan beraksi dengan kelab Cardiff City adalah dengan mengambil pemain muda belasan tahun bermain dan berlatih di kelab tersebut. Sekiranya mereka berjaya beraksi baik mungkin mereka berpeluang untuk diserapkan untuk kesebelasan utama apabila umur telah meningkat dewasa dan mempunyai permit kerja.
Ini dilakukan oleh beberapa pemain bolasepak Liga Perdana Inggeris yang tidak memenuhi syarat kelayakan permit kerja ataupun ranking yang ditetapkan oleh Liga Perdana Inggeris. Tak mustahil satu hari nanti akan ada pemain Malaysia beraksi untuk kelab handalan dunia dan selepas itu pasti bolasepak negara juga akan mendapat tempias kemajuan dari situ…

Jersi Cardiff CIty
Entah bila ada pemain Malaysia yang akan pakai jersi ni ye.. Adakah dalam tempoh 5 atau 10 tahun lagi? Tunggu je la,,

Sekian

Please follow and like us:
error0

8 thoughts on “Pengerusi berharap pemain Malaysia untuk beraksi dengan Cardiff City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)