LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pengenalan Mengenai Sukan Skuasy di Malaysia

Korang pasti mengenali Datuk Nicol David. Atlet sukan Malaysia bertaraf dunia yang cukup disegani di peringkat antarabangsa. Sukan skuasy melonjakkan nama pemain kelahiran Pulau Pinang ini sehingga menjadi antara atlet paling berjaya di Malaysia.
Untuk kali ini Jamal diminta oleh boss untuk mencari maklumat mengenai sukan skuasy. Jamal sebenarnya bukan pandai sangat bermain skuasy ni. Pernah dua kali rasanya menjejakkan kaki ke gelanggang skuasy masa belajar dulu. Itu pun kalah teruk dengan kawan Jamal yang memang pemain negeri masa tu.

Pengenalan Sukan Skuasy

Sukan skuasy merupakan salah satu sukan yang menggunakan raket yang dulunya dikenali sebagai ‘Squash Rackets’. Ia merujuk kepada bola lembut yang boleh dipenyek.
Permainan skuasy ini boleh dimainkan oleh dua pemain atau empat pemain bagi beregu dengan raket dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.
Matlamat pemainan ini ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket.
Pada peringkat permulaan, permainan ini sekadar suka-suka sebelum ianya dijadikan permainan secara kompetitif selepas perang dunia pertama.

Menurut sejarawan skuasy, permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke 19 di luar London, England. Gelanggang pertama yang direkodkan adalah dalam tahun 1860-an di Harrow.
Selaku antara pelopor, pemain Inggeris menguasai sukan ini sebelum ia mula diperkenalkan ke peringkat antarabangsa. Sekitar tahun 1950-an Negara Pakistan mempunyai jaguh seperti Hashim Khan, Azam Khan dan Rashan Khan.

Di Malaysia, permainan skuasy ini dipercayai mula diperkenalkan pada sekitar tahun 1920-an dimana ianya dimainkan oleh kelab-kelab yang dimiliki penjajah British.
Selepas merdeka, skuasy mula diminati sehingga terdapat sekolah-sekolah dan persatuan sukan yang memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan sekolah masing-masing.

Pada tahun 1972, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM@SRAM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan di Malaysia dimana Datuk Hisyam Albakri merupakan presidennya yang pertama.

Dan tahukah anda bahawa Tan Sri Dato’ Seri Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Ja’afar al-Haj iaitu Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan juara kebangsaan pertama apabila menjuarai Kejohanan Kebangsaan pada tahun 1973.

Dan tahukah anda bahawa bahawa Almarhum YAM Tunku Ja’afar ibini Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 1967-2008) pernah bermain dalam perlawanan akhir menentang Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (Perdana Menteri kedua Malaysia) pada tahun 1939 di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas tertubuhnya Persatuan Skuasy Malaysia, banyak persatuan-persatuan skuasy ditubuhkan seperti Kelab Skuasy Angkatan Tenterea Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia.
Ketika ini terdapat beberapa pertandingan muda diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1939 dan Pertandingan Piala Tiger pada tahun 1966.

Pada masa kini Persatuan Skuasy Malaysia

Peralatan Permainan Skuasy

1) Gelanggang
Permainan skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup dimana terdapat dinding menutup depan dan belakang. Berikut merupakan gambar spesifikasi standard gelanggang skuasy.

2) Bola
Bola bagi skuasy adalah bola getah dengan diamater kira-kira 40.0 mm dengan keberatan sekitar 24 gram. Kualiti lantunan adalah kira-kira 254 cm. Terdapat perberzaan antara bola untuk pertandingan dan untuk permainan biasa-biasa. Tapi Jamal tak pandai nak terangkan, korang boleh tengok kat sini. Bagi yang nak beli bola skuasy tu boleh pilih kat bawah ni.

 

3) Raket
Raket bagi sukan skuasy sedikit menyerupai raket tenis tetapi lebih ringan. Spesifikasi raket korang boleh rujuk sini 

Bagi peralatan lain tiada sebarang ketetapan tapi biasanya kasut skuasy ini berlainan sedikit dari kasut acara sukan raket yang lain kerana ia bermain di kawasan simen yang licin.
Walaubagaimanapun, sekiranya korang lebih arif tentang skuasy ni boleh kongsi sikit maklumat-maklumat yang boleh dijadikan panduan bersama.

Untuk makluman korang juga, pasukan Malaysia juga mempunyai pelapis hebat apabila 4 pemain muda negara berjaya menjuarai kejohanan Terbuka British 2018 dalam kategori Junior. Mungkin akan ada pengganti Datuk Nicol David sedikit masa nanti.

Sumber :-Wikipedia
Blog Rasmi MSSM Skuasy
Worldsquash

MalaysiaSquash.org

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)