LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Penganjur Sukan SEA nyaris kibarkan Jalur Gemilang ‘cacat’

Insiden mengaibkan hampir berlaku membabitkan Jalur Gemilang hari ini ketika kontinjen negara meraikan kejayaan Malaysia menggapai pingat emas Sukan SEA Manila.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, kejadian berlaku selepas berakhir acara wushu taijiquan. Atlet negara, Loh Choon How, mengungguli acara berkenaan.

Ketika Jalur Gemilang dipersiapkan untuk dinaikkan bersama iringin lagu Negaraku, beberapa pegawai Kementerian Belia dan Sukan sempat mengesan kesilapan pada bendera tersebut.

Menurut Sim, ekoran kejanggalan pada Jalur Gemilang itu, pegawai Malaysia – termasuk Ketua Kontijen, Megat Zulkarnain Omardin, dan timbalannya, Ahmad Faedzal, meminta agar bendera itu digantikan.

Jalur Gemilang yang betul kemudian dipasang sendiri oleh mereka sebelum majlis penghormatan tersebut bermula.

“Semasa majlis penyampaian hadiah acara wushu taijiquan yang menyaksikan Malaysia memenangi pingat emas yang pertama Sukan SEA Manila, berlaku peristiwa yang hampir-hampir memalukan negara.

“Pihak penganjur di Manila menggunakan Jalur Gemilang yang salah di podium.

“Nasib baik, pegawai Majlis Sukan Negara, Johari Zainal Abidin (Joe MSN), sempat mengesan kesilapan tersebut sebelum majlis bermula,” kata Sim.

Ahli parlimen Bukit Mertajam itu menyatakan hanya selepas bendera yang betul dipasang, majlis tersebut dijalankan.

Difahamkan, bendera asal yang mahu dinaikkan penganjur memaparkan petak biru yang melatari bulan dan bintang adalah tidak tepat seperti spesifikasi sepatutnya.

Pada 25 Nov lalu, semasa perasmian Kejohanan Bola Keranjang ke-28 di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia, Kuala Lumpur, bendera Malaysia dinaikkan mengiringi lagu Negaraku.

Bagaimanapun bendera itu didapati cacat kerana hanya memaparkan bintang berbucu lima sedangkan ia sepatutnya berbucu 14.

Pada 26 November di Kejohanan Piala Lum Mun Chak di tempat yang sama, turut tular gambar pemain Perak memakai jersi dengan bendera negeri dicetak terbalik.

Jersi dikatakan dicetak terbalik berpunca daripada kesilapan yang tidak disengajakan pembekal.

Sumber Malaysiakini

Tahniah kepada team yang tidak berkompromi tentang Jalur Gemilang ni. Ia adalah lambang kesetiaan kita kepada negara. Tak boleh diambil mudah oleh sesiapa jua apatah lagi dalam sukan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)