Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Penganjur LTdL 2020 diberikan tempoh sebulan

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi tempoh sebulan kepada Human Voyage untuk menyelesaikan isu wang hadiah kemenangan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang tertunggak.

Menurutnya, Human Voyage harus menyelesaikan perkara itu dengan pihak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Persatuan Pelumba Berbasikal Profesional (CPA) bagi memastikan pemenang menerima wang kemenangan berkenaan.

“Kami menerima dan memahami penjelasan pihak Human Voyage bahawa perkara ini tidak boleh dielakkan memandangkan pengeluaran invois adalah daripada pihak UCI dan CPA,” ujar beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Human Voyage (M) Sdn Bhd, Datuk Malik Mydin selaku penganjur LTdL 2020 bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu bayaran wang kemenangan tertunggak itu.

Sebelum ini pihak media melaporkan pelumba tempatan, Mohd Harrif Salleh pernah memohon campur tangan Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan mereka mendapat hak mereka selepas pihak penganjur dikatakan gagal melunaskan hadiah wang kemenangan bernilai lebih RM800,000.

Sebagai jawapan balas, Human Voyage dalam satu kenyataan berkata, kelewatan pembayaran wang kemenangan kepada beberapa pelumba tempatan yang meraih kedudukan podium pada edisi 2020 adalah berpunca daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semua proses yang membabitkan bank tidak dapat dilakukan dan tergendala terutama pemindahan telegraf ke luar negara memandangkan jumlah yang perlu dilakukan adalah besar,” kata Human Voyage.

“Proses pembayaran semua hadiah perlu dibuat kepada pihak UCI melalui satu sistem khas yang disediakan oleh badan induk itu dalam tempoh 90 hari selepas tamat perlumbaan,” kata syarikat itu.

Sumber :-BHarian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)