Pengalaman pertama majlis perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Pada hari Sabtu (25.12.2010) terdapat majlis perkahwinan adik perempuan saya di rumah. Ini merupakan majlis perkahwinan yang pertama diadakan di rumah. Alhamdulillah akhirnya setelah 40 tahun lebih berkahwin akhirnya ibubapa saya menerima menantu yang pertama. Insyallah kalau diperkenankan olehNya bakal-bakal menantu lain akan menyusul pada tahun hadapan.. AMIN.

Pengalaman pertama mengendalikan majlis yang besar di rumah pasti terdapat cacat cela disana sini. Sememangnya terdapat beberapa masalah yang berlaku walaupun persiapan telah dirancang. Antaranya :-

1. Pembaziran. Ini yang berlaku dalam mana-mana majlis perkahwinan jika tiada perbincangan dan meminta pendapat dari mereka-mereka yang berpengalaman. Memang terdapat pembaziran dalam majlis ni terutama makanan, tisu, barang cenderahati untuk jemputan. Mungkin tak dapat nak anggarkan kedatangan orang. Jemputan dihantar dalam 1,400-1,500 orang tapi melihat pada situasi mungkin hanya 1,000-1,100 je yang hadir. Memang berlambak makanan sehingga terpaksa mengagih-agihkan kepada banyak tempat. Kemungkinan pada majlis akan datang, khidmat katering akan digunakan. Mungkin ada yang kata, mengguna katering mahal dan membazir tapi kalau dikira balik rasanya katering lebih berpengalaman dan mudah untuk bajet berbanding memasak sendiri. Mengguna khidmat katering juga mengurangkan kerja membersih. Mereka yang menyiapkannya.

Selain itu terdapat juga pembaziran masa dimana tukang masak terpaksa bersengkang mata merebus dan menggoreng ayam dari petang hingga ke malam. Ada yang terpaksa meninggalkan solat. Adoyai. kan dah tambah dosa tu..
2. Tiada ketua majlis. Memandangkan mak dan bapa terpaksa ke depan untuk meraikan jemputan perlu ada seorang yang menjaga bahagian-bahagian tertentu. Walaupun ketua kampung membantu tapi perlu juga mempunyai ahli keluarga dalam menyusun majlis. Bila tiada ketua dalam menyusun majlis berlaku salah faham majlis.
3. Tiada perbincangan antara sanak saudara. Ini diakui telah menyebabkan kecil hati dan cakap-cakap di belakang. Memang patut berbincang dengan sanak saudara.
4. Kawasan yang agak sempit. Memandangkan rumah berada berhampiran dengan jalanraya memang sedikit bermasalah. Tempat letak kereta memang agak terbatas. Alhamdulillah pihak RELA membantu melicinkan perjalanan jalanraya.
Ada juga cadangan lepas ni nak menganjurkan di dewan. Mungkin di Dewan Alamanda, Jasin yang agak luas. Tak tau le lagi.
5. Baju untuk waris terdekat. Sebenarnya ada keseragaman baju yang dibagi tapi ada yang tidak cukup saiz dan ada yang tak dibagi.
6. Persiapan pada hari terakhir. Antaranya adalah menyiang daging yang dilakukan pada hari majlis. Memang agak cuak sebab pukul 9-10 belum habis potong daging. Nasib baik sempat juga masak.
7. Bahan-bahan yang perlu ada. Dalam majlis perlu bersedia dengan barang-barang. Contoh bila lauk dah habis perlu dimasukkan segera. Walaupun mempunyai bantuan kendarat tapi skop kerja mereka terbatas. Malahan masa kerja pun 3-4 jam je.
8. Perkhidmatan jurugambar. Dalam kes ni, abang saya menjadi jurugambar. Ianya sangat tidak sesuai memandangkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan pada tugas jurugambar. Perlu mencari jurugambar khas..
9. Duit dan kenderaan. Masa majlis banyaklah yang tak cukup yang perlu dibeli. Dalam majlis ni boleh tahan banyak gak duit si Zool terbang. Dah tu nak ke kedai pun agak susah. Nasib baik ada moto bapa. Tu pun orang lain pakai sebelum tu. Nak gerak guna kereta memang susah.

Okay cukuplah setakat ini. Memang ada beberapa lagi masalah kecil namun ini yang penting sekali.
Harap-harap untuk majlis seterusnya perjalanan majlis akan menjadi lebih lancar setelah belajar dari kesilapan ni.
Sambil tu layankan gambar-gambar yang sempat diambil

Daging bakar yang dibuat oleh Pakcik. Memang terbaik dong..

Lembu yang berkorban untuk majlis. Terima kasih lembu walaupun ada sedikit mengamuk masa nak disembelih..

Gambar dengan baju batik sebelum ke masjid untuk hantar orang jadi saksi nikah. Tapi tak pergi pun masjid sebab kena jaga rumah

Gambar adik (pengantin), adik bongsu( tergantung kamera), mak (tudung ala-ala kuning), sedara mara (berbaju ungu ala boria) dan saksi-saksi lain.

Gambar sedang menyiat ayam panggang yang dimasak oleh pakcik. Memang best dan terbaik dong. Kalau ada duit memang nak suruh dia jadi tukang masak restoran ‘ ayam panggang Zool’.

Oo ya. sambil tu sempat juga buat baju t-shirt yang bertulis ‘SPonsored by OhPemandu.com”. Kira promosi secara halus la . Tapi sayang tak ramai yang pakai.. Takpelah mungkin nanti-nanti dapatlah kesannya.

Ada beberapa gambar lagi kat facebook. Layan je la.
Sekian..

p/s :- Agak-agak lepas ni giliran siapa pula ye. Si Zool ke?? Ntahlah ..

Pengunjung Entri Ini :3777

5 comments:

  1. kita bila nak kawin Zool? Insya allah tahun depan, moga kita dipertemu jodoh.

    Reply

    zool Reply:

    harap2 begitulah…

    Reply

  2. Dalam bab kenduri kendara ni mmmg la pembaziran tak bleh nak elak. Tp kalau barang2 kering takde masalah, bleh simpan mngkin utk next majlis. Tp klu lauk2 tu nmpaknye kena sedekah kat jiran2 la jwbnye. Tambah pahala. Tapi lagi haru kalau semua perkara tak cukup, lagi jadi kelam kabut. Jarang tuan rumah bleh nak bajet betul2 cukup. Klu catering sekalipun, kadang2 x cukup pulak sebab dah tentu tuan rumah bajet cukup2, tp yg datang bwk semua anak beranak, puak gerabak..ha..ha..saya sendiri klu tuan rumah x betul2 jemput direct pakai kad/ mulut, kdg2 takut nak dtg..psl kdg2 yg tukang ajak ni dpt undangan utk dia aje, tp dia pulak yg pandai2 ajak kawan la, sedara la..kan dah lari bajet tuan rumah. Kesian tuan rumah. Bagi tetamu yg dijemput kalau boleh bila anda dpt jemputan, jgn la pandai2 lak ajak org2 yg x berkenaan..ye, kecuali tuan rumah dh pesan suruh tolong jemputkan si polan, si polan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

68,797 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge