Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kalau ada handphone yang bijak tapi takde internet pun tak berapa bermaknalah juga kan? Memandangkan Xperia X10 tergolong dalam handphone yang memerlukan internet maka saya mencuba menggunakan Maxis Mobile Internet. Ini kerana handphone tersebut menggunakan Maxis prepaid 017-6********** . Mula-mula kononnya nak daftar untuk line serta internet sekali tapi bila pergi ke Melaka Mall (cawangan) mereka hanya mampu mendaftar line sahaja, internet kena ke pusat di Melaka Raya atau daftar guna *100#.

Memandangkan tahap kemalasan untuk ke Melaka Raya adalah tinggi maka dibatalkan saja misi tersebut. Jadi alternatifnya menggunakan arahan *100#. Mudah saja mengikut arahannya dan saya mencuba menggunakan pakej Maxis Mobile Internet kuota volume 100MB. Kalau tengok dalam laman web, pakej tersebut adalah untuk bulanan tapi bila mengikut arahan sms, ianya hanya untuk 2 minggu. Memandangkan harga hanya RM18 maka saya mencuba pakej tersebut. Memang ianya tidak mencukupi, hanya 5 hari kuota tersebut telah penuh. Kalau nak ikutkan, si Zool hanya 2 kali tengok youtube yang 3 minit dan selebihnya layan fb dan tweetdeck.

Selepas tamat sessi pakej tersebut saya mendapat sms ini :-

RM0. MI: Yr session has ended as you’ve reached 100 MB. If you continue surfing, you’ll be charged according to yr current MI package.

Kalau ikut caj pakej tu, saya rasa mungkin saya boleh guna dalam 5 hari dengan caj RM18 selepas itu. Tapi alangkah malangnya bila penggunaan tweetdeck selama kurang sejam ( tu pun lepas tutup, set off data mobile) hampir RM12.00 kredit ditelan. Perbezaan yang amat ketara sekali.

Sekarang ni memang tak tau samada nak terus guna pakej Maxis ni. Kalau tengok harga pakej pun boleh tahan mahal gak tu. Selain dari pakej RM18 yang lain semuanya melebihi RM50 dan yang tak menariknya semuanya ada volume kouta.

Secara amnya, saya berpendapat ianya mungkin mahal dan sukar untuk ditampung oleh si Zool. Bayangkan hanya untuk internet saya perlu membelanjakan lebih dari internet di rumah. Rasanya ianya tidak berbaloi untuk blogger tak banyak duit cam diri ini. Lain le kalau RM88 tu unlimited, ada juga berbaloinya. Ini ada juga kuotanya. Sedangkan 100MB tu guna tweetdeck,fb dan youtube sikit pun bertahan 5 hari je. Kalau pakai secara optimum memang boleh je cecah 3.0GB (maksimum untuk pakej paling mahal) sebulan tu…

Dari segi ‘connection’ kira bolehlah. Di rumah si Zool agak stabil la juga. Apapun itu adalah pengalaman si Zool. Mungkin ia berbeza bagi pengguna yang lain.

Sekian. terima kasih.

p/s :- Andaikata terdapat kakitangan Maxis Internet membaca entri ini harap maaf. Bukan nak ‘kondem’ sekadar meluahkan pendapat untuk anda memperbaiki perkhidmatan demi pelanggan.