BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » teknologi » Pengalaman menggunakan Maxis hot ticket Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ingat tak entri tentang pengalaman menggunakan Maxis Mobile Internet Pakej 100 MB ? Heheheh. Mestilah tak ingatkan sebab anda pun baru pertama kali singgah di blog inikan?

Okay berbalik kepada penggunaan Maxis Hot Ticket Internet, mungkin bagi penggemar internet yang memiliki prepaid telco Maxis mengetahui tentang perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini adalah cara bagi penggemar internet untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu mendaftar. Hanya beli kad Hot Tiket di kedai yang menjualnya. Di kad tersebut anda akan diberi 14 no kod pengaktifan dan anda perlu dail *105*< kod 14 digit> # dan anda akan diberi sms tentang pengaktifan tersebut. Setelah itu anda boleh terus melayari internet dan kredit anda tidak akan dipotong (kalau dipotong juga kena semak dengan Maxis).

Harga kad tersebut adalah RM20 dengan kuota 1.5 GB untuk penggunaan selama 7 hari. Kuota yang diberi oleh Hotlink Hot Ticket ni memang berbaloi sekali kerana 1.5GB memang mencukupi untuk penggunaan internet yang biasa (yang 100% gunakan untuk handphone seorang sahaja). Cuma mungkin harga dan tempoh masih agak tinggi memandangkan kebiasaannya pengguna internet prepaid ni di kalangan orang tak berapa banyak duit (termasuklah yang menaip ni…). Rasanya kalau ada RM30 untuk 2 minggu lebih berbaloi dengan kuota bandwith yang sama. Ini berdasarkan statistik penggunaan saya sendiri seperti berikut :-

Tarikh Menggunakan : 17.8.2011
Tarikh Sepatut Tamat : 24.8.2011
Tarikh Ketika Menaip Entri : 21.8.2011
Kuota Yang Telah Digunakan : 49.05
Baki Yang Belum Digunakan : 950.05

Bayangkan dengan penggunaan selama hampir 4 hari saya hanya menggunakan sekitar 50MB. . Jadi memang mustahil untuk menghabiskan baki 950.05 dalam tempoh 3 hari je lagi. Malahan rasanya kalau ditambah seminggu pun rasanya boleh bertahan penggunaan tersebut. Itulah kalau ada pakej RM30 dengan penggunaan 2 minggu pastinya dapat lebih menjimatkan.

Berkenaan dengan servis Maxis hot ticket, ianya agak stabil cuma kadangkala bila kat tingkat 10 pejabat saya kejap ada dan tidak. Tapi secara keseluruhannya baik.

Ooo ye. penggunaan internet Hot Ticket ini tidak terbatas untuk handphone sahaja tapi boleh digunakan untuk talian internet ke komputer anda. Mungkin kalau si Zool mampu beli laptop bolehlah gunakannya….


Inilah dia kad Hot Ticket Hotlink. Jangan buang merata-rata sebab kadangkala Maxis ada buat offer. Boleh dapat Pizza Hut atau KFC..

Okay cukuplah setakat ini..
Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :4910

7 thoughts on “Pengalaman menggunakan Maxis hot ticket Internet

  1. FadzmieNo Gravatar says:

    Pernah guna Maxis Hot Ticket ni. Overall, ok gak la. Just connection selalu putus bila tengah online. Kadang-kadang sampai takde mood nak guna dah. Haha.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Connection selalu putus ye.. tu biasa kot..
    kalau kat rumah kdg2 takde connection

    Reply

  2. LennyNo Gravatar says:

    terima kasih dengan penerangan…

    Reply

  3. fatahNo Gravatar says:

    salam nak tanya, aku ada beli hot ticket ni. cuba pakai kat samsung galaxy s plus. tapi tak tahu kenapa tak boleh. tak boleh connect internet. ada apa apa setting kat fon yang kena dibetulkan tak untuk pakai hot ticket ni?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak tau plak….

    Reply

  4. salamNo Gravatar says:

    betulkah untuk pengguna handphone blackbery ,guna hot ticket ada package internet 20RM untuk satu bulan ?

    Reply

  5. mizie sanNo Gravatar says:

    kawan aku pkai hot ticket 20 download smpai 5mb kt area JB gna tel , tpi kuoata cpt hbs lh , aku bru nak cuba …

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge