Pengalaman masuk ke MRI

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin persoalan yang tertanya bila membaca entri ini adalah apa itu MRI? Adakah sejenis kapalterbang ringan atau keretapi laju ataupun shopping kompleks? Semuanya tiada kaitan. Sebenarnya MRI adalah singkatan bagi Magnetic Resonance Imaging . Apa makna dalam Bahasa Melayu? Ntah tak tau, cubalah tanya Dr Totin atau sahabat anda yang bergelar doktor ye.. Jangan tanya si Zool yang tak pernah ambil Biologi ye.. Okay ni contoh gambar yang dikutip kat internet..

Image Hosting
( Yang si ZOol alami masuk kepala dulu. Yang ni masuk kaki dulu.. Lain sikit)

Cerita dari awal ye.. Sebenarnya kemasukan si Zool ke dalam tempat cam kapsul ni rentetan dari kesakitan pinggang pada 2 minggu yang lalu.. Jadi atas desakan beberapa orang si Zool pun cuba memeriksanya.. Bukan sikit duit yang perlu digunakan untuk melakukan pemeriksaan ni tapi ada caranya. Tempat yang menjadi lokasi pemeriksaan adalah di Hospital Pantai, Melaka yang merupakan antara hospital swasta yang popular di Malaysia. Masuk ke dalam nak cari parking agak susah, nasib baik datang awal maka masih banyak kosong lagi. Sampai je tempat pendaftaran serahkan surat dari doktor yang mengesahkan untuk membuat MRI dan terus membayar ( harga nak buat MRI mungkin membuatkan tanggan menggigil masa nak bagi duit tu..HUhuhuhu…). Lepas tu terus ke jabatan ‘Imaging’ (bahasa Melayu tak tau apa nak alihbahasakan..). Tunggu dari 8.53 pagi dan tunggu punya tunggu no giliran tak juga digilirkan (no 4011 tapi yang keluar asyik nombor 10**).. Hampir sejam menunggu si Zool bertanya dengan kaunter dan katanya sebentar lagi. Ye lah, bayar mahal tapi lambat juga. Ingatkan hospital kerajaan je yang lambat ‘mulakan’ kerja, hospital swasta pun lebih kurang gak. Huhuhuhuhuhuhu.. Sepatut kalau tau lambat masuk beritau awal-awal boleh gak pergi minum dulu…
Setelah menunggu, akhirnya si Zool merupakan orang terawal yang masuk ke MRI pada hari tersebut .. Kena tukar pakai baju hospital, kena buka baju dan seluar.. Er ini pun kali pertama si Zool pakai baju hospital tu… Sebelum ni memang tak pernah.. Mula-mula masa masuk pegawai penyelia MRI tu memasukkan ‘earphone’ ke dalam telinga. Ini si ZOol faham sebab sebelum ni pernah cari sikit info dalam google tentang MRI ni. K Masa sebelum nak masukkan tu penyelia tu tanya, telinga ada sakit ke? Er, si Zool jawab tidak tapi pelik kenapa pula ditanya camtu.. Ada bentuk kecacatan ke kat telinga ni??
Kenapa kena pakai ‘earphone’?Okay, masa dimasukkan dalam kapsul MRI ini akan terdapat bunyi gegaran yang kuat dan sedikit menakutkan.HUuhuhuhu. Cam bunyi nak meletup pun ada gak.. Tapi layan je la dengar lagu ‘ Boyz II Men ngan Mariah Carey’.Huhuhuhuhu.. Ada lagu tu si ZOol nak dengar. Baik dengar lagu sendiri kan..Dalam MRI tu memang mengambil masa agak lama. Bayangkan anda berada dalam kapsul tu selama 20 minit.. Ada juga terdetik dalam hati, camne agaknya kalau kita akan berada dalam tempat sekecil ini pada hari pengakhiran kita. Pastinya lebih dahsyat dari ini…

Setelah selesai proses di MRI, saya perlu menunggu dalam tempoh 1 jam untuk mendapatkan keputusan. Keputusan tersebut dihantar pada doktor yang menganalisa si Zool. Bila masuk ke bilik beliau sudah nampak yang muka doktor ada sedikit kerutan. Ini tanda-tanda bahawa ada sikit masalah. Beliau memaklumkan bahawa tulang rawan telah tekan urat saraf.. Ianya tidak lah terlalu merbahaya namun doktor menasihatkan agar perlu berehat dan tidur di tempat yang lebih sesuai.. Malahan beliau membuat temujanji untuk saya hadir bertemu pada 19 Disember nanti.. Apapun tengoklah camne ye…

Saya juga diberi keputusan MRI tersebut. Rupa-rupanaya bentuk MRI ni lebih kurang je cam X-Ray cuma ia lebih banyak kawasannya dalam satu masa berbanding X-Ray yang hanya mengambil beberapa bahagian sahaja.

Ini gambar-gambar berkaitan (gambar di host dalam photobucket, kalau sesiapa tak nampak mungkin admin anda block photobucket).. Gambar masa dalam MRI tak ambil.. Kang kena marah dengan pengoperasi MRI tu nanti..
Photobucket
Ini gambar fail untuk letak keputusan MRI…
Photobucket
Inilah salah satu keputusan negatif yang didapati hasil menjalani MRI.
Photobucket
Ini suratnya.. Keputusan dalam English yang membawa maksud ada sedikit masalah di tulang kanan si Zool…

Okay cukuplah setakat ini. Anda pernah ke masuk ke MRI ni?? Sambil-sambil tu doakan supaya tulang rawan si Zool tidak lagi memberi tekanan kepada urat .

Sekian..

Pengunjung Entri Ini :5459

5 comments:

  1. dah tak leh main futsal dah la..
    moga cepat sembuh. :D

    Reply

    zool Reply:

    ye lah dah . tapi mungkin kalau ok try main futsall

    Reply

  2. hanya akibat dari tempat tidur atau pernah kemalangan, bro?

    Reply

    zool Reply:

    Tak pernah kemalangan plak rasanya..
    entah .. dah tua kot,, kurang kalsium tulang..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

73,093 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge