Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tiba-tiba terpandang pertandingan mengenai pengalaman kena denda di sekolah oleh Titan dan teruja nak buat entri mengenainya. Memang menarik pertandingan ini yang lain dari yang lain. Saja je nak menyertainya sebab ianya mudah dan mengikut pengalaman diri sendiri. Jadi sesiapa juga boleh masuk cuma kena ikut terma-terma yang telah ditetapkan oleh penganjur. Tak berat pun termanya..

Image Hosting
Kalau nak diikutkan si Zool bukanlah budak nakal di sekolah tapi bukanlah juga pelajar yang cemerlang. Tapi adalah beberapa peraturan yang dilanggar menyebabkan pernah merasai denda dan hukuman. Memandangkan dalam pertandingan ini, kehendak penganjur adalah pengalaman denda maka hanya denda sahaja yang akan ditulis dalam entri ini. Kisah kena lempang atau rotan tak dikiralah.

Cukup dengan mukadimah panjang lebar tu, berikut merupakan beberapa kes pengalaman si ZOol kena denda semasa zaman sekolah dulu :-

1. Zaman sekolah menengah dulu cikgu Khadijah merupakan cikgu Bahasa Inggeris yang ditakuti di Sekolah Menengah Datuk Bendahara.Pagi-pagi memang tengok je garaj kereta. Nak pastikan samada kereta BMW beliau ada ke tidak. Kalau takde, menandakan hari bahagia pada kami tapi kalau ada maka ketakutan bermula. Dan bila beliau muncul di kelas maka itu merupakan hari yang lama bagi kelas Bahasa Inggeris.
Berbalik kepada denda, ia berkisar pada satu hari dimana cikgu Khadijah menyuruh semua pelajar membuat persembahan Bahasa Inggeris di kelas (masa tingkatan 2). Tak kiralah samada berseorangan atau berkumpulan. Ramai rakan-rakan sekelas yang telah mempunyai kumpulan dan persembahan tapi si Zool tiada. Maka dengan hormatnya si Zool dipaksa keluar kelas sehingga dapat buat persembahan. Memang malang sekali sebab si Zool tak tau nak buat apa dan terpaksa melepak di belakang tangga kelas dengan seorang rakan. Nasib baik ada kawan yang tak dapat buat persembahan lagi. Jadi bolehlah berborak-borak sikit.
Dan esoknya si Zool dapat membuat persembahan menyanyi lagu ‘Wind Of Change (Scorpion)’ yang tunggang langgang liriknya hinggakan disuruh mencari lirik tersebut. Nasib baik ada kawan yang mempunyai kaset tersebut dan berjaya disiapkan. Denda ni memang tak menarik tapi memang kelakar bila ingatkan menyanyi lagu yang tak betul langsung liriknya.. Huhuhuhuhuhu..
2. Denda yang kedua berlaku bila dah agak besar sikit. Dalam tingkatan 4 kalau tak silap. Biasalah kadang-kadang bising tu menjadi rutin harian bebudak sekolah. Walaupun si ZOol bukan kaki bising namun terbabit sama. Kena panggil oleh cikgu Jamal (kalau tak silap) beramai-ramai. Dan kena beratur ke kanan dan buat ketuk ketampi. Tapi ketuk ketampi ni bukan yang biasa. Kena tarik telinga rakan sebelah dan turun naik. Nasib baik semua pandai ikut kalau tak ada yang telinga jadi capang cam Nabil.. Huhuhuhuhuhu..
3. Kena cabut ‘kemuncut’ (tau tak kemuncut? ala tumbuhan yang melekat kat seluar tu le..)sebab tak bawa pakaian sukan. Ini memang denda yang biasa kena kat sekolah. Kadang-kadang tu kena kumpul banyak-banyak. Siapa paling sikit kena denda lari tengah padang. Adoyai.. Tapi kira nasib baik le ni. Ingat lagi masa tingkatan 1 ada senior yang tak bawa seluar sukan terpaksa pakai seluar dalam je bersenam.. Gila ah…
4. Kisah bising lagi masa tingkatan 2. Satu kelas kena panggil dan berlari beberapa pusingan gelanggang bolakeranjang. Penat tu tak berapa sangat tapi malu gak sebab ramai bebudak kelas lain tengok. Tapi memandangkan si Zool bukan sesiapa maka hanya malu masa tu je. Lepas tu takde la..

Okay itu je rasanya. Itu pun mungkin ada pengubahsuaian sikit sebab dah tak berapa nak ingat situasi tu. Memang si Zool tak banyak kena denda masa sekolah ni. Lebih-lebih pun kena hukum terus je. Samada kena lempang, rotan dan sebagainya… Apapun itu semua menjadi kenangan indah dalam proses-proses pembesaran. Nak harap menang pertandingan Titan tu memang tak le. Tapi siapa tau tetiba menang.Huhuhu.

Ooo ye.. Penganjur pertandingan ‘ PENGALAMAN KENA DENDA DI SEKOLAH ‘ ini ialah AhmadFaizal.com , Earncent.com dan ditaja oleh Abrablog dan PanduanTNX
( Kena tulis nama penaja. Nanti dibatalkan penyertaan woo.)

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :634
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

35 Responses to “Pengalaman Kena Denda di Sekolah”

  1. tehrNo Gravatar says:

    pengalaman kena denda ni
    sangat indah bila dikenang2
    waktu kena tu memang la tak puas hati
    tapi sekarang bila teringat, boleh senyum sorang2
    hehe

    Reply

    b3njyNo Gravatar Reply:

    Betul tu cikgu …. masa kena mesti marah kat cikgu yang bagi denda rasa2 nak bunuh dia pun ada … hahahahaha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    brutal tu sampai nak bunuh.. huhuhu
    tapi pengalaman kena denda memang menjadi kenangan sampai bila2.

    Reply

  2. levelsatuNo Gravatar says:

    aisehh..kena tulis macam tu plak kat papan putih. hehe..

    Reply

    b3njyNo Gravatar Reply:

    agaknya supaya ia tertanam dalam2 kat kepala … hehehe

    Reply

  3. b3njyNo Gravatar says:

    Benjy rasa pun ini merupakan pertandingan yang cukup senang :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. pertandingan ni senang sebab tak perlu guna kebijaksanaan dalam kalkulus, programming, bertukang dan yang guna skill pelbagai..
    Main ingat je pengalaman dan taip je dalam entri.

    Reply

  4. b3njyNo Gravatar says:

    Cayalah nyanyi lagi ‘wind of change’ … nyanyi guna gitar ke ? atau solo je guna suara sendiri ?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dulu tak reti main gitar..
    nyanyi suara sendiri.. dah tak ingat suara sedap ke tak cam sekarang.. (huhuhuhuhu..)

    Reply

  5. kulanzNo Gravatar says:

    denda kena suruh cabut kemuncut tu memang tak boleh lari.. pernah juga rasa beberapa kali… habis merah tangan dibuatnya.. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Tu le .. Pakcik tukang kebun gembira tgk padang dah bersij

    Reply

  6. [...] Kena Denda di Sekolah 4. Amir Nawawi – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah 5. Zool – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah 6. Akubiomed – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah Untuk cabaran SEO ni kiranya cabaran [...]

  7. [...] kenapa Pengalaman kena denda di Sekolah jadi sebegitu? Ok, jawapannya senang. Kalau saya gagal memakai tag nama di tudung. Secara [...]

  8. eielaNo Gravatar says:

    ketuk ketampi tuh rasanya semuanya pernah kena kot kan masa sekolah dulu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Biasalah. Nakal juga ye?

    Reply

  9. kimmieNo Gravatar says:

    byknya pengalaman kena denda, tp yg ketuk ketampi pegang telinga org lain tu mcm mencabar je, kalau salah tempo mau koyak telinga member

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Takde pengalaman camni ke? Mesti budak belajar je ni

    Reply

  10. akubiomedNo Gravatar says:

    Ketuk ketampi sambil menarik telinga kawan memang dugaan sebab kawan-kawan sahaja menarik telinga kita dengan kuat nasib baik tidak rabit. :-)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Kalau kawan tarik kuat memang putus kawan le…

    Reply

  11. yasNo Gravatar says:

    Banyaknyer kena denda bro…hehehe aku rasa semua pernah ada pengalaman kene denda semasa disekolah…cuma ingat atau lope jerr…apepun semoga berjaya.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hehehe. kena sikit2 je tu….
    tak de lah banyak sangat

    Reply

  12. titanNo Gravatar says:

    haha..biasalah tu kalau kena denda.

    okeh. aku dah update artikel ni. Terima kasih kerana berminat untuk join contest nih. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    orait.. saja je cuba-cuba..

    Reply

  13. chiiNo Gravatar says:

    kalo x nakal n wat hal kat skolah..bukan pelajar nama nya kan..kalo jadi baik sgt..nnt kena buli la plak :p

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hm.. saya tak nakal pun tapi kena gak denda sebab malas.. huhuhu

    Reply

  14. [...] LigaKampung – Pengalaman kena denda di Sekolah [...]

  15. abdfatahNo Gravatar says:

    aku kena denda tulis “saya takkan meniru lagi” sehingga seribu keping ayat… penat mau tulis banyak2 sampai seribu kali…

    sapo suh meniru… hahahahaa

    Reply

  16. [...] Kena Denda di Sekolah 4. Amir Nawawi – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah 5. Zool – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah 6. Akubiomed – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah 7. Liza Razak – Pertandingan [...]

  17. ZezebelNo Gravatar says:

    Kenapa cikgu-cikgu ni semua suka tarik telinga yer?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak tau le pula… mungkin seronok kot..

    Reply

  18. auc dot comNo Gravatar says:

    wah semakin meriah pertandingan ni :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang meriah ..

    Reply

  19. [...] Kena Denda di Sekolah 4. Amir Nawawi – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah 5. Zool – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah 6. Akubiomed – Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah 7. Liza Razak – Pertandingan [...]

  20. espeeNo Gravatar says:

    Hahaha…pengalaman kena denda ketuk ketampi kat depan kelas masa Tingkatan 5 di SMT Johor Bahru memang takkan lupa. Alaaa…, bkn sbb apa pun, sbb tgk ke luar bila cikgu sdg ngajar kt depan. Gila betul la….sampai 50 kali kot, rasanya mcm nak pitam pun tyme tu. Huhu…tp rasanya sbb kes ni lah, I got A1 utk Bahasa Melayu masa SPM dulu (my class hanya 2 orang je kot dapat A1). Top student pun tak dapat A1, she got B3 je.

    P.S.: Yang tak bestnya, rakan-rakan kelas kata yg diorg dgr cikgu tu cakap suruh ketuk ketampi 5 kali je. Aiseyyyman….hampas sungguh la!!! Huhu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpe.. kita berbaloi la kena ketuk ketampi tu kan dpt A1. hehehe

    Reply

Leave a Reply