Pengajaran selepas kena sembelih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Rakan-rakan pembaca blog ini pasti pernah membaca entri tentang saya kena sembelih di sebuah bengkel di Nilai beberapa hari yang lalu. Ia memang memberi kesan dan saya mendapat banyak maklumbalas. Bukan hanya di blog ini, di facebook juga banyak komen dari rakan-rakan samada yang dikenali atau tidak yang dapat dijadikan pengajaran dan pedoman dalam diri ini. Antara pengajaran yang saya dapati dan boleh dikongsi adalah seperti :-

1. Kawasan Nilai dikuasai oleh bengkel India. Ini dimaklumkan oleh rakan facebook saya. Saya mengesyaki yang ada kebenaran tentang kenyataan mereka. Ini kerana bengkel terlibat, pembaikan dilakukan oleh budak India. Malahan lelaki Melayu yang mengaku pemilik tidak menyentuh langsung kereta saya. Bukan berniat untuk racist tapi mungkin ada sesuatu yang tersembunyi berlaku.
2. Caj yang dikenakan terlalu tinggi dan hampir menyamai harga sebuah enjin ‘recon’. Ini yang dimaklumkan kepada saya oleh rakan-rakan fb. Malahan ada juga mekanik yang mengiyakan kenyataan tersebut.
3. Jangan gelabah bila menghadapi situasi kereta rosak sebegini. Perlu cari idea yang lebih tepat sebelum membuat keputusan. Secara peribadi, saya agak tergopoh gapah ketika membuat keputusan sedangkan ada cara lain yang lebih baik.
4. Seboleh-bolehnya jangan pergi ke mana-mana bengkel kereta yang tidak boleh dipercayai apatah lagi di tempat yang tidak pernah dijejaki. Sepatutnya saya mencari ‘towing’ yang boleh membawa pulang ke Melaka. Bila sampai di Melaka, lebih mudah untuk menghantar ke bengkel yang mudah dipercayai. Sebenarnya, ada rakan sepejabat yang mempunyai rakan towing yang boleh membawa pulang kenderaan itu di Melaka. Malahan, bapa saya juga mempunyai kenalan di kampung yang mengusahakan towing ni. Tapi apakan daya, ia telah berlaku. Mungkin jika berlaku lagi akan lebih berhati-hati.
Saya ada melakukan ‘komplen’ melalui sms kepada bengkel terbabit dan beliau menyatakan bahawa boleh semak semula tapi saya merasakan sudah kecewa. Lagipun saya takut akan ada penambahan tak patut yang dikenakan. Dan pastinya kereta itu akan lebih lama tersangkut di Nilai. Bukan apa, ketika saya datang pun diorang baru nak masukkan enjin terhegeh-hegeh. Takkan nak tinggalkan lagi.
5. Belajar sedikit sebanyak tentang peralatan kereta yang tak pernah diketahui sebelum ini. Antaranya seperti valve seal (nat yang menutup valve merupakan peralatan yang paling mencekik sekali..), thermostat (kononnya punca overheat), 02 sensor dan pelbagai lagi ilmu yang dipelajari.
6. Menyedari dengan lebih tentang kepentingan ‘dana kecemasan’. Agak malang bila saya terpaksa mengeluarkan wang ‘dana kecemasan’. Dan untuk itu saya perlu menggantikannya dalam tempoh terdekat ni.Bukan sedikit angka RM3,000 tu tapi saya mesti menutup kembali kehilangan tersebut dalam tempoh yang telah saya tetapkan. Harap-harap mampu diganti dengan jayanya dan salah satu caranya adalah melalui rangkaian blog-blog saya.
7. Kena ada rangkaian kawan-kawan yang mahir dalam bidang permotoran. Boleh elakkan kejadian seperti ini berlaku di masa hadapan.
8. Perlu sentiasa melakukan servis berkala dengan lebih baik. Walaupun memang ada melakukan servis berkala namun mungkin ada kelemahan disitu. Mungkin lepas ini akan melakukan di ‘ Perodua Service Centre’.
9. Jangan mengharap kepada PLUS sekiranya sesuatu berlaku. Dan jangan percaya kepada towing walaupun ada stiker PLUS di lorinya kecuali betul-betul kenderaan PLUS yang berwarna kuning tu. Dan jangan mengharap PLUS akan membantu sebab mereka hanya akan bawa kenderaan di hentian terdekat saja.
10. Menyimpan bil untuk semakan dan rujukan akan datang. Saya menyimpan bil yang dikenakan dan mungkin memikirkan tindakan lain yang boleh diambil sekiranya terdapat bukti kukuh.

Okay. Cukuplah setakat ini mengenai pengajaran yang saya dapat setelah insiden ini berlaku. Mungkin anda semua boleh tambah kalau ada yang nak tambah. Semoga ia juga menjadi pengajaran untuk kita semua.

Sekian.

11 thoughts on “Pengajaran selepas kena sembelih

  1. di Seremban juga pernah berlaku perkara yang sama, kalau boleh towing lah kenderaan balik ke rumah dulu dan hantar ke bengkel yang boleh dipercayai..

  2. memang dah kukuh dah pun sebenarnya zool..yang boleh percaya dalam bil minyak pelicir ngan filter je..kes mcm ko ni ramai gak yang kena..3 ribu tu dah mcm buat overhaul..bukan top overhaul…tu pun aku rasa x sampai 3 ribu..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.