LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Peng Soon- Liu Ying juara Terbuka Mexico

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menjadi wakil tunggal negara dalam perlawanan akhir Kejuaraan badminton Grand Prix Terbuka Mexico.
Pasangan beregu campuran utama negara ini berjaya menamatkan kempen tahun ini dengan menjuarai kejohanan selepas menumpaskan pilihan keempat dari Korea Selatan, Choi Sol Gyu/Won Eom Hye dengan keputusan 21-14, 21-12.

Chan_Peng_Soon_Goh_Liu_Ying

GP Mexico merupakan kejuaraan ketiga diraih oleh Peng Soon/Liu Ying selepas memenangi Terbuka Poland pada Mac lalu serta GP Emas Terbuka Russia pada Julai lalu.
Ia juga kemenangan membalas dendam selepas tumpas pada lawan sama di suku akhir kejohanan GP US minggu lepas.

Peng Soon/Liu Ying kini berada di ranking ke 17 bagi mengejar kelayakan sukan Olimpik. Mereka perlu berada sekurang-kurangnya di tangga ke 16 dunia untuk menempah tiket Olimpik 2016 di Rio, Brazil nanti.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)