Penerjun negara, Mun Yee berjaya mendapatkan ijazah

Jadi atlet mewakili negara bukan satu tugas mudah. Nak jadi atlet dan jadi pelajar lagilah bertambah susah. Bukan ramai atlet berjaya membahagikan masa untuk pelajaran dan sukan.
Penerjun cun melecun, Leong Mun Yee memang antara penerjun yang telah bertaraf dunia tapi masih mampu membahagikan masa untuk belajar. Nak tahu berapa lama amoi cun ni ambil masa untuk menamatkan ijazahnya?
10 tahun yang diambil oleh beliau untuk berjaya memegang ijazah sarjana muda komunikasi dari Universiti Putra Malaysia.

Mun Yee yang memulakan pengajian di UPM pada tahun 2007 kini berusia 32 tahun telah menerima skroll ijazah itu pada hari graduasi pada hari Sabtu lepas dari Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurut Mun Yee yang masih bujang itu, menjadi seorang atlet bukan mudah kerana sering tertinggal dengan pelajaran kerana terpaksa berlatih serta menyertai pertandingan di luar negara.
Namun beliau tetap tabah dan berusaha keras untuk menamatkan juga pengajian beliau walaupun tertangguh sekian lama.

Penerjun dari Perak yang baharu sahaja memenangi emas 10 meter platform synchro di Kejohanan GP Terjun FINA bergandingan dengan ratu terjun, Pandelela Rinong di Kuala Lumpur pada bulan lepas.
Beliau juga telah berjaya memenangi keseluruhan 17 pingat emas dalam kejohanan Sukan SEA serta mencatatkan rekod 11 penampilan termasuk yang terkini di Kuala Lumpur pada Ogos lalu.
Beliau juga mencatat rekod selaku atlet wanita tunggal yang telah mengambil bahagian dalam empat kejohanan Olimpik dari tahun 2000 hingga 2012.

Walaupun belum menunjukkan tanda untuk bersara namun beliau merancang untuk menyambung ke peringkat Master samada dalam jurusan komunikasi atau sains sukan di masa akan datang.
Untuk masa kini beliau sedang fokus untuk Kejohanan Sukan Komanwel yang akan berlangsung di Australia pada April dan Sukan Asia Jakarta pada Ogos tahunn depan.
Beliau juga bercita-cita tinggi dan ingin melayakkan diri dalam kejohanan Olimpik 2020 yang akan berlangsung lagi 3 tahun.

Hebat betul Mun Yee ni. Sanggup meneruskan sukan dan pelajaran seiring. Jamal dulu terpaksa lepaskan sukan sebab nak dapatkan ijazah. Sampai terpaksa tolak tawaran main untuk negeri. Patut menjadi contoh kepada atlet muda yang lain. Jangan abaikan pelajaran walaupun dapat main untuk pasukan negeri/negara. Cuba tengok kesungguhan Mun Yee

Jamal Media
Bekas atlet sekolah yang telah bersara. Masih berminat mengenai sukan dan bercita-cita menjadi penulis sukan tersohor.

2 thoughts on “Penerjun negara, Mun Yee berjaya mendapatkan ijazah

Leave a Reply