Assalamualaikum semua..
Mungkin ramai dari kakitangan kerajaan yang telah menerima kenaikan gaji baru ( termasuk penulis).. Pasti gembira tak terkira bila lihat angka di akaun bertambah,, Dan mesti ramai yang berkira-kira untuk menggunakan duit tersebut .. Ada yang sibuk ingin menukar kereta, menukar handphone dan bermacam lagi. Jangan menambah isteri atau makwe sudahlah kan…
Dan ketika sibuk kakitangan kerajaan mengira bajet untuk kegunaan bulanan nampaknya ada peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga… Nampaknya saranan dari pengurusan tertinggi kerajaan nampaknya tidak diendahkan.. Terpaksalah pihak KPDNHEP turun padang untuk memastikan agar peniaga tidak sesuka hati menaikkan harga. Jaminan Datuk Shapie Afdal dalam kenyataannya diharap perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan. Kenyataan sahaja tidak mampu menakutkan peniaga. Harap-harap Ops Gaji akan sentiasa berterusan bagi membendung ketamakan peniaga untuk mendapat keuntungan lebih..
Okaylah bagaimanakah anda membelanjakan pendapatan anda? Sudah tentu ada cara tersendiri kan ?? Kalau ikut saya , pembahagian akan saya lakukan untuk :-
1) Kegunaan bisnes prepaid…
2) Kegunaan insurans ( auto debit)
3) Bayar hutang-hutang berkaitan
4) Simpanan.
5) Lain-lain
Macammana dengan anda pula?? Mesti ada cara pengurusan kewangan anda yang tersendirikan???
Mungkin buku ini dapat membantu kita menguruskan kewangan.











July 27th, 2007 at 2:15 am
hahaa… selagi ada selagi itu dibelanjakan… sekurang2nya dpat simpan duit lebih bila dah habis nanti… dapat jugak simpan. adesh…
[Reply]
July 27th, 2007 at 2:46 am
seafdal-afdalnya bereskan hutang..hehehe..pandangan je..tapi tak kisah la apa yang kita gunakannya asalkan ia bermanfaat untuk dunia dan dunia yang lagi satu nun
[Reply]