Blog Download Drama,
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Pendapatan 5 angka?? Mustahil

Written by zool on May 13, 2008 – 3:32 am -

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera semua…
Nampaknya rumah bapa saya telah selesai dipasang ‘jubin’. Ini bermakna saya telah boleh meng’internet’ kembali dan insyaallah streamyx akan mencerobohi talian telefon 06-529****.. Huhuhuhu.. Harap2 berjaya hendaknya kerana banyak pelan tindakan akan dilakukan selepas ini..
Sambil-sambil membaca terjumpa blog wang cyber mengenai persoalan bolehkah mendapat 10K sebulan di internet.
moneykey
Sudah pastinya post tersebut menarik minat saya untuk menimbulkan persoalan tersebut.. Benarkah saya boleh mendapat pendapatan sebanyak itu??? Memang mustahil jika :-( Ops klik ayat dibawah untuk meneruskan)

1. Jika hanya mengharapkan pendapatan melalui kerja sekarang.. Mustahil untuk mencapai 5 angka malahan gaji mati pun tak cecah RM 5K pung.. Walau bagaimanapun syukur kerana dapat jawatan dalam perkhidmatan awam ni kerana banyak kelebihannya dari segi insentif-insentif seperti bayaran hospital dan pencen.. :)

2. Melawat kandang cacing dan chatting dengan acai tentang pengalaman cacing tapi tak buat apa-apa juga.. Harapkan semangat ngan desktop gambar cacing je… Huhuhu..

3. Buat blog bagai nak gila.. Hampir setiap hari ada je buat posting terbaru.. Iklan di tepek banyak di blog tapi pengunjungnya alahai.. Tak berupaya untuk menjana pendapatan… Ape kehainya ..

4. Tiada komputer dan line internet.. Camne nak buat bisnes internet kalau takde benda-benda asas tu… Nasib baik komputer berusia 2 tahun masih membantu saya untuk meneruskan cinta cita-cita murni ni.

5. Duduk berangan je.. Buatnya tak juga.. Tak gunalah kalau beli ebook, pergi seminar dan sebagainya.. Tiada guna kalau ada ilmu tapi tak buat kan..

6. Tiada modal. Punyalah banyak idea tapi modal takde.. Susah gak nak buat sesuatu tanpa modal.. Mesti ada modal walaupun paling minimum..

7. Tiada keazaman dan hangat-hangat tahi ayam. Ini yang saya takut ni sebab memang ada dalam diri ni…

Itulah beberapa perkara yang menyebabkan kemustahilan untuk mendapat pendapatan 5 angka.. Rasanya sukar ke untuk dapat pendapatan 5 angka ?? Mungkin ya dan mungkin tidak.. Yang pentingnya sejauh mana kita mampu untuk mengubah diri kita dari seorang yang ‘gagal‘ kepada orang yang ‘berjaya‘… AMIN ( Tolong-tolonglah sama-sama doakan saya ye…)

p/s : - Ini adalah merupakan sebab-sebab berkaitan dengan saya.. Mungkin anda berlainan dari saya tetapi jika sama apakata kita sama2 ubah untuk menjadikan mustahil sebagai cabaran..


Tags: ,
Posted in Blog, santai |

2 Comments to “Pendapatan 5 angka?? Mustahil”

  1. syamsulariff.com Says:

    setiap perkara tu ada pro dan kontra..sebab itu tuhan berikan kita akal fikiran :)

  2. catzer Says:

    kekkeke..setakat ni 5 angka tu masih jauh..tp 4 angka tu oklah boleh lagi.



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS