Pendapatan 5 angka memang mustahil

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni saya meninjau-ninjau entri lama dan terbaca entri Pendapatan 5 angka mustahil yang ditulis pada bulan Ogos 2008. Sudah 5 tahun entri itu ditulis jadi apakah perkembangannya?

Protecting a good investment and making money concept

Dengan rasa malunya, saya akui bahawa pendapatan 5 angka yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Kenapa ? Mungkin ini antara sebabnya :-

1. Projek yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Pada tahun 2008 yang lalu saya menjalankan projek menternak cacing dan selepas 2 tahun projek itu gagal. Gagal sebab tiada perancangan, terikut-ikut dan sebagainya. Selepas itu saya juga ada mencuba beberapa projek yang nampaknya tidak berjalan lancar. Apapun saya masih tetap berusaha dengan projek pertanian lain yang sedang diusahakan. Nampak mengalami kesukaran tapi diharap ia mampu bergerak jauh.

2. Projek perniagaan yang tidak menjadi. Selain mencuba projek pertanian, saya juga menjalankan perniagaan dengan hasil kerjasama rakan. Sebelum ini pernah mencuba meniaga pakaian kanak-kanak namun gagal. Cuba meniaga kraftangan secara online namun kurang penjualan dan ada beberapa produk yang tidak terjual. Walaubagaimanapun saya masih meneruskan penjualan, perkongsian maklumat kraftangan di Facebook Page ‘Craftzee’ (silalah like kalau sudi ). Mungkin ada peluang boleh diperolehi dari situ.

3. Pendapatan blog yang tidak seberapa. Secara jujurnya, pendapatan blog saya secara tahunan juga sukar untuk mencapai 4 angka apatah lagi pendapatan bulanan. Mungkin kelemahan utama adalah skill menulis itu sendiri dan ketidakpandaian bermain SEO menyebabkan pendapatan di blog tak berapa nak masyuk. Tapi saya tetap tidak putus ada dan sentiasa cuba memajukan diri. Dalam tahun ini ada nampak kemajuan dari segi traffik blog-blog English yang mendapat tumpuan ‘penulis jemputan’. Moga blog-blog tersebut juga mampu meningkat sekaligus memberikan ruang untuk menambah pendapatan ini. Oo ye, selain itu saya juga telah menjadi penulis upahan blog ‘Melakacool.com’ dan pengurus facebook page Melakacool yang memberikan pendapatan konsisten 2 angka setiap bulan.

4. Selain itu, antara penyebab sukar untuk mendapat pendapatan 5 angka adalah disebabkan tiada bantuan. Maksud di sini ialah, kebanyakan projek yang dilaksanakan adalah dari tenaga dan otak seorang diri.Bukan tak pernah cuba buat ‘joint venture’ namun kebanyakannya ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja. Saya terpaksa mengusahakan sendiri dan ada yang terpaksa surrender. Alhamdulillah sekarang ni ada sikit kemajuan dimana bagi projek Melakacool.com selain jadi ‘pekerja’ saya juga boleh berkongsi pendapatan dengan tokei blog tersebut. Harap-harap ia mampu membuahkan hasil.

5. Hangat-hangat tahi ayam atau kerja separuh jalan. Yup.. Ini juga merupakan gangguan dalam meneruskan kecermalangan hidup. Selalu berlaku pada diri ini dan salah satu darinya adalah projek e-novel yang masih tersangkut ni. Diharap ada tenaga dalaman yang dapat membantu menyudahkan projek ni.

Itu antara 5 penyebab utama pendapatan 5 angka yang dimimpikan tidak menjadi kenyataan selepas 5 tahun. Diharap pada 5 tahun yang akan datang impian itu mampu direalisasikan (itupun kalau ada umur dan tiada perkara di luar dugaan berlaku).. AMIN.
Bagaimana pula dengan anda? Pernah ingat cita-cita 5 tahun yang dulu?

12 thoughts on “Pendapatan 5 angka memang mustahil

  1. Takpe, yang penting ialah semangat tu ada..kalau bab penulisan, aku tak setuju SEO tu sebagai sebab ko gagal..yg penting cara penulisan tu jgk..macamana nak tarik perhatian..

    aku pun baru mula, dalam setahun mcm tu secara serius dalam blogging..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.