Pencen untuk swasta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Biasa kalau pencen biasanya akan dikaitkan dengan kakitangan kerajaan tapi nampaknya kerajaan bercadang untuk mewujudkan dana pencen untuk swasta..
Berikut merupakan cadangan tersebut :-

*Dana pencen swasta akan diwujudkan pada pertengahan tahun depan terutamanya untuk mereka yang tidak dilindungi oleh dana pencen rasmi, agar mampu menikmati kehidupan lebih baik ketika bersara.

*Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, dana itu bakal dikenali Dana Persaraan Swasta dan carumannya dibuat secara sukarela.

*Terdapat lebih dua juta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri dan tidak dilindungi skim persaraan.

*Dana persaraan disasarkan kepada mereka yang tidak mencarum di bawah KWSP atau mereka yang ingin menambah dana hari tua walaupun telah mencarum di dalam KWSP.

Sumber : Utusan

Pendapat saya ianya bagus memandangkan ramai warga emas tatkala bersara mengalami kesempitan hidup. Dengan wujudnya dana pencen swasta yang bakal diwujudkan tahun depan mampu menampung hari-hari akhir hidup. Walaubagaimanapun ianya tidak di paksa dan dibuat secara sukarela.
Harap ianya dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin untuk membantu rakyat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Kepada rakan-rakan yang masih muda, pandai-pandailah menguruskan wang gaji anda.. Kalau tak mahir boleh dapatkan ebook panduan wang gaji… Mungkin membantu..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1363
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

One Response to “Pencen untuk swasta”

  1. kirinNo Gravatar says:

    Wah.Bagus juga ni. Di jepun memang dah lama ade macam ni. Tak kira pekerja swasta atau pun kerajaan mereka tetap ade pencen.Kalau melalui kaedah potong gaji memang lagi berkesan la sebab tak perlu nak menguruskan pembayaran setiap bulan.

    Reply

Leave a Reply