Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pernahkah anda semua terasa penat dan bosan dengan kerja? Terasa ingin bersara awal dari tarikh yang sepatutnya. Saya yakin ada antara kita yang mempunyai perasaan ingin bersara awal disebabkan perkara seperti berikut :-
1. Penat melayan karenah kerja-kerja yang tidak pernah selesai-selesai. Habis satu kerja ada lagi yang mendatang…
2. Politikus pejabat yang menyakitkan hati. Ada berlaku ‘tikam belakang’, ‘dengki mendengki’, ‘jatuh menjatuhkan’ yang memberikan tekanan kepada diri..
3. Tak tahan dengan arahan berbelit dari pihak atasan. Yang ni suruh buat cara ni, yang itu buat cara ni. Itu belum masuk lagi arahan lisan yang berubah-ubah. Kejap cakap A kejap cakap B.. Pasti membuatkan jantung bergerak laju ..
4. Kena marah . Biasalah kalau kena marahkan tapi kalau salah orang lain pun memang sakit…
Itu merupakan antara beberapa sebab terdapat segelintir dari kita yang selalu memikirkan masa untuk pencen / bersara awal. Sebenarnya bukan orang lain yang fikir pun, si Zool adalah profail tersebut.. Ha ha ha. Tapi rasanya mungkin anda juga mempunyai pemikiran yang serupa. Tapi secara realitinya bukanlah mudah untuk pencen / bersara awal tanpa mempunyai kewangan yang kukuh. Almaklumlah kalau simpanan setakat 4 angka mustahil untuk menempuh hidup-hidup yang mendatang. Lagipun hutang keliling pinggang yang perlu diselesaikan.
Seperti yang kita sedia maklum, umur persaraan kebiasaannya adalah 56 -60 tahun . Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, si Zool memilih 56 tahun (kalau ada lagi awal mungkin pilih tu) sebagai umur pencen. Almaklumlah secara sedarnya umur 50 tahap bosan terhadap kerja pasti terasa lebih-lebih lagi melakukan kerja yang sama sepanjang 2+ tahun.
Walaubagaimanapun perancangan perlu dilakukan kerana mungkin pencen / bersara awal boleh dilakukan. Yang penting adalah perancangan dari segi kewangan dan kehidupan. Perlu mempunyai sesuatu untuk menjamin kehidupan di masa hadapan. Takkan selepas umur 60 masih lagi bertungkus lumus bekerja menjadi ‘jaga’ yang masih memerlukan pendapatan ‘makan gaji’. Mungkin pada umur tersebut boleh melakukan kerja-kerja pendapatan pasif seperti ‘rumah sewa’, ‘ladang ‘, ‘dusun’ dan sebagainya. Harap-harap begitulah..
p/s :- Mungkin ada komen-komen yang akan mempromosikan produk .. Minta maaf, komen tersebut akan di’delete’. Dah bosan dengan promosi berkaitan.. Maaf ye…




kalau boleh mmg tak nak keje..tapi income masyuk..hehe
Reply
zool
Reply:
April 13th, 2010 at 00:32
betul2… samalah kita..
Reply
patimah majid
Reply:
April 27th, 2010 at 00:32
Menafaatkan Masa Anda Dirumah Bersama Keluarga Sambil Mendapat Income Yang Lumayan
Reply
but at my age.. i cant think of retiring yet.. lol =P
Reply
zool
Reply:
April 13th, 2010 at 19:50
yup.. keep up good work…
you won’t think retiring if your work is fun
Reply
pencen awl ni byk baiknya… tenaga kerja yg baru dan bersemangat kental bleh gnti cpt2. kurg la skit kes menganggur utk fresh graduate
Reply
kalau boleh nak je pencen awal.sekitar 35 tahun.hehehe…….
Reply
lili
Reply:
September 27th, 2010 at 12:05
saya sokong!!hahah
Reply
Menafaatkan usia muda utk keluarga bukan menghabiskan masa berjam2 dipejabat utk majikan
Reply
Nak pencen awal? Boleh…. Ambil langkah awal juga yea…InsyaAllah berjaya….
Reply
kalau lah saya diperkenalkan lebih awal…….menyesal sebab tidak dapat peluang ini lebih awal.
jgn menyesal aperti saya….,so sebelum terlambat jom ikut saya…insyaAlah.
Reply
sy pernah jugak sembang dgn beberape org pegawai kat ofis. asyik criter tensen aje. bila tanya knape tak bersara awl. jwpnya, kalau aku bersara awal anak bini aku nak makan ape.
Reply
kalau mcm tu jika ada cita2 nak bersara awl kita kenalah buat persediaan awal dgn perancangan yg sepatutnya. memanglah sukar pd awlnya. tapi bila dah ada side income yg stabil kita dah tak ada masalah nak berenti keja.
Reply
sbb tu lah kalau ada peluang pergi kursus, sy tak lepaskan peluang tu.
Reply
[...] dimana ianya adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk direalisasikan. Antaranya ialah :- 1. Ingin bersara awal. Impian mungkin ingin lari dari kerja di pejabat sebelum umur 50 tahun. Ia awal 6 tahun dari [...]