Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kalau ikut sehingga hari ini ( 8 September 2012), para atlit Paralimpik telah menyumbang 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pingat perak Paralimpik 2012 dicapai melalui Hasihin Sanawi pada Isnin yang lalu melalui acara memanah ‘recurve’ individu lelaki W1/W2 manakala pingat gangsa pula diraih melalui acara lontar peluru lelaki F20(masalah pembelajaran) pada hari Jumaat yang lalu.
Seperti yang kita sedia maklum, pada sukan Olimpik yang lalu Pihak Kementerian telah memberikan ganjaran pencen bagi pemenangnya iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Pandalele Rinong. Namun bagi atlet paralimpik yang telah memenangi pingat di Sukan Olimpik tidak diberikan ganjaran pencen.

upload photo
Perkara ini telah menjadi isu dimana para atlet paralimpik tidak mendapat pencen berbanding atlet normal. Secara peribadi, saya bersetuju agar atlet paralimpik yang berjaya memenangi pingat mendapat pencen. Ini kerana kebanyakan atlet terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri. Lagipun selain dari sukan paralimpik, tidak banyak kejohanan yang boleh disertai oleh mereka untuk menambah pendapatan. Malahan kalau diperhatikan, atlet paralimpik bukanlah atlet professional dan mempunyai kerja masing-masing. Kalau nak diikutkan, bukan ramai atlet paralimpik yang berjaya mendapat pingat dan rasanya tidak akan menjejaskan kewangan pentadbiran. Malahan dengan insentif ini mungkin ramai OKU yang akan menceburi sukan ini sekaligus mengharumkan nama negara.
Teringat ketika kejohanan paralimpik peringkat Malaysia selepas SUKMA pada tahun 2009 yang lalu. Ketika itu saya menjadi salah seorang jawatankuasa untuk atlet paralimpik badminton. Didapati organisasi memang kecil dan tidak teratur. Ditambah lagi ramai yang bekerja dan terpaksa mengambil cuti. Ini menunjukkan pengorbanan atlet paralimpik negara lebih besar berbanding atlet normal. Semoga pihak Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi insentif sambil membantu perkembangan sukan Paralimpik ni..
Apa pula pendapat anda?
Sekian.


aku setuju mereka juga diberi pencen
Reply
teramat2 perlu lebih dari yg sihat berupaya ni
Reply
kena bagi jugalah, mereka nih dahla kurang upaya…
Reply
yela..mcm double standard lak kan..
Reply
Sebenarya mereka ini jugak layak diberi imbuhan sama seperti peserta olimpik.
Sedar atau tidak mereka tetap tabah mewakili Negara,Kenapa perlunya bezakan antara olimpik dan paralimpik?
Dan pulak kalau mereka ini tak OKU adakah mereka akan wakili negara sbg atlit paralimpik? Pastinya mereka juga ingin wakili negara sbg atlit olimpik, Namun atas kekurangan mereka sanggup juga mewakili negara.
Ahhhh Apa kejadah mereka ni!! Bagi jela!
Reply