Pencapaian setengah tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kredit Pic dan Bandwith : Gyl’s Journal
Pejam celik dah masuk bulan Jun 09. Ini bermakna telah separuh dari tahun 2009. Adakah anda telah mencapai cita-cita seperti yang di ‘azam’kan pada awal tahun. Mesti ada yang tersenyum kerana berjaya mencapai apa yang disasarkan pada awal tahun. Tak kurang juga yang terkial-kial masih baru nak bergerak untuk mengejar cita-cita. Namun apa jua keadaan, peluang untuk berjaya tetap ada di hadapan. Jika dilihat dari segi pencapaian, saya akui memang masih dalam keadaan yang longlai tetapi sekurang-kurangnya saya telah berusaha yang lebih dari dahulu.. Memang dalam setengah tahun, ‘post-mortem’ perlu dilakukan terutamanya tentang apa yang perlu dikejar dan apa yang perlu dilepaskan.

Banyak cita-cita saya yang agak besar terpaksa dikecilkan. Ini bagi memastikan tidak berlaku kekecewaan memandangkan beberapa sasaran agak sukar dicapai memandangkan masa yang semakin suntuk. Sesuntuk hasrat untuk Melaka untuk menjadi negeri maju menjelang 2010.

Bagaimana pula dengan anda?? Sudah tercapaikah matlamat yang disasarkan.. Atau masih belum mempunyai sebarang sasaran??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :624
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

3 Responses to “Pencapaian setengah tahun”

  1. mariaNo Gravatar says:

    So far..Alhamdulillah..target utk meningkatkan tabungan pada tahun ini
    kemungkinan berjaya..apa2 pun kena tunggu hingga akhir tahun untuk
    melihat dpt meet target atau pun tak…plan nak beli rumah thn depan…

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    rumah akan siap sep 2009. yeay ! hehe

    Reply

  3. alkisahNo Gravatar says:

    semoga apa yg kau cita2kan tu tercapai menjelang 31 dec 09 nanti..gua takde apa yg nak dikejar, sekadar buat yg terbaik setiap hr bagi memastikan menjadi muslim yg sejati. Insya’allah.

    goodluck!!

    Reply

Leave a Reply