Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Entri biasa yang akan dihasilkan pada hujung atau awal bulan dalam blog ini. Mengimbau kembali apa pencapaian bulan lepas dan perancangan untuk bulan ini. Tak perlu madah banyak sangat, terus ke pencapaian dan perancangan

Gambar Hiasan. Bilalah nak pakai Iphone ni.?
Credit Picture : Building Bridges
1. Bayar PTPTN RM 200 sebulan - Alhamdulillah bulan ni bayar lebih sikit selepas ada lebihan pendapatan bulan lepas. Tinggal lagi 8,500 untuk ditamatkan hutang tersebut. Kalau ikut kiraan mungkin dalam tempoh 4 tahun untuk dihabiskan dapat dicapai.
2. Tambahan simpanan. Ada melakukan sedikit simpanan tapi nampaknya kena keluar untuk pelaburan projek offline yang sedang berjalan.
3. Susun jadual blog. Alhamdulillah blog-blog utama mampu dikemaskini setiap hari dimana kebiasaanya jam 8.00 -10.00 malam menjadi waktu blog dikemaskini.
4. Berat badan ideal. Ada penurunan sikit je. 68kg ke 67 kg. Perkara yang perlu diperbaiki ialah mengelak makan nasi di waktu malam sambil elak tidur petang lepas kerja. Mungkin boleh tengok kebun belakang rumah untuk sedikit senaman.
5. Buat kad raya. Belum.. Eh lagi sebulan setengah je nak puasa kan.. Waduh kena cari ni..
6. Mencari …………… Ada nampak sasaran.
7. Khatam Quran.. Er, tak jalan lagi.
8. Bayar hutang ikut jadual. Bulan ni bayar Streamyx, tak tangguh dua bulan cam bulan lepas. Bayar kereta dah setel bulan lepas… Tapi sistem IT Hong Leong Bank memang susah sikit. Kena simpan no akaun . Nasib baik ada simpan kat hp lama.
9. Fokus. Masih ok..
10. Jual kraftangan. Bulan ni takde langsung. Mungkin sebab sibuk hingga tak mampu promosi.. Kena up balik ni. Nampak ada bakal pembeli kotak kayu ni.
12. – Peraduan kraftangan dan aku – Selesai. Penerima telah menerima barang dan hadiah wang tunai… Boleh ditutup kes ni bulan depan.
13. Penulis upahan blog Melakacool. Bulan Mei hanya 4 artikel sahaja dihantar. Salah satu alasan sebab adik dah mula bekerja dan sukar untuk kemaskini.
14. Projek offline JV sedang berjalan. Agak lambat progressnya tapi takpe. Beberapa pelan telah dibuat dan pelaksanaan telah masuk ke dalam 5 peratus.
15. Kad pengenalan baru telah siap dan pembukaan akaun telah selesai.Blog
1. Pendapatan blog… – Nuffnang tiada BE lagi bulan ni dan setelah cashout hanya RM2.00 je ada dalam akaun Nuffnang ni. Innity sekitar RM9.++ je bulan ni dan adsense hanya US10.++. Affiliate ada satu je dapat RM30.00.
2. Traffic blog
Blog rear-wheel stabil dengan 300-400 pengunjung unik sehari tapi kena selalu kemaskini untuk meningkatkan trafik kerana adsense banyak datang dari blog ni.
Blog Ohpemandu masih sekitar 150-250 sehari. Belum ada peningkatan mendadak.
Blog ligakampung tidak mendapat penambahan traffik yang tinggi walaupun keyword ‘Hoki Sultan Azlan Shah’ banyak masuk. Masih disekitar 800-1000. Bila tiada keyword kadang-kadang hanya 5++ pengunjung unik sahaja.
Blog kedaikraft sekadar 20 pengunjung dan tiada maklumbalas pembelian.
Blog niche kesihatan dan kewangan masih tidak stabil sekitar 50-70 sehariPerancangan Jun
Rasanya takde perancangan lain. Cuma nak memastikan perancangan sediaada dapat dilaksanakan dengan teratur terutama projek offline JV.
Okay cukuplah setakat ini. Doa-doakan semoga perancangan akan berjalan lancar dan dapat si Zool kemaskini pencapaian pada bulan hadapan. AMIN..
Sekian.


projek offline JV tu apa bro
Reply
zool
Reply:
June 1st, 2012 at 07:58
Projek offline ( tiada kena mengena dengan sambungan internet. hehe) . JV – secara usahasama..
projeknya perlu dirahsiakan dulu..
Reply
Jebeng Otai™
Reply:
June 1st, 2012 at 19:32
jgn JV sorg2 bro ..hehe
Reply
Fuh. Banyak betul projek bro ni. Semoga ‘menang tangan’ semuanya.
Reply
zool
Reply:
June 1st, 2012 at 19:45
biasa ada yang tak terlarat.. takpe cuba pelan2
Reply
banyak juga blog yang nak diuruskan tu
aku memang tak daya nak buat banyak2
moga2 terus berjaya, bro
Reply
zool
Reply:
June 1st, 2012 at 19:47
tq.. den byk masa tu yg buat tu…
Reply
mcm best KPI report..mcm nk wat sama la..
Reply
zool
Reply:
June 1st, 2012 at 19:47
silalah.. boleh tengok dan revise balik pencapaian kita nanti..
Reply