BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » Blog » Pencapaian Julai 2012 dan Perancangan Ogos 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Macam biasa, bila tiba awal bulan pasti ada entri tentang perancangan untuk bulan baharu dan semakan pencapaian bulan yang lepas.Sekejap je bulan Ogos telah tiba yang menandakan tahun 2013 hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi. Macammana pencapaian si Zool agaknya?
Berikut merupakan pencapaian pada bulan Julai 2012

1. Bayar PTPTN. Alhamdulillah masih dapat dibayar dengan konsisten. CUma kalau bulan lepas RM300 untuk bulan ni hanya RM2++.++ sahaja. Baki masih ada 7,9++.++ lebih. Insyallah tempoh 4 tahun mampu dipendekkan kalau konsisten dalam pembayaran tersebut.
2. Tambahan simpanan. Alhamdulillah bulan lepas ada sikit pendapatan lebih dan simpanan telah dimasukkan dalam tabung Haji sebanyak RM5++.++.
3. Jadual blog. Memandangkan bulan ini Ramadhan dan jam 8.00-10.00 malam itu adalah waktu menunaikan terawih, maka ada sedikit pengubahsuaian waktu untuk kemaskini blog. Sekarang ni pukul 10.00 sambil waktu lepas sahur menjadi waktu untuk kemaskini blog.
4. Berat badan ideal. Walaupun dalam bulan Ramadhan namun berat masih kurang memuaskan. Masih sekitar 68-69kg dan diharapkan dapat disurutkan sehingga 5 kg lagi sebelum Syawal tiba. Agak kurang melakukan aktiviti mengeluarkan peluh cuma ketika solat terawih pergerakan tubuh berjalan.
5. Kalau ikutkan nak buat kad raya namun berdasarkan kemampuan hanya membeli sahaja kad raya yang diposkan. Setakat ini, 6 kad raya telah di pos dan 4 lagi dalam proses. Masih mencari rakan-rakan yang inginkan kad raya.
6. *** Tiada apa-apa perkembangan baik dan akan dikeluarkan dari sasaran buat sementara waktu (apa ni? Semak lah entri dulu
7. Khatam Al Quran. Satu surah pun tak lepas lagi… :(
8. Projek offline. Nampaknya projek offline besar hampir ke peringkat pelaksanaan. Akan sibuk bulan Ogos ni dengan projek ni.
9. Bulan Julai tiada jualan untuk kraftangan.. :(

Blog
1. Pendapatan blog. Masih tiada peningkatan. Nuffnang tidak sudi memberi ‘Buffered Earning’. Walaubagaimanapun pertambahan bulan ni lebih sikit dari bulan lepas dimana ada pertambahan RM4.++. Innity ada pertambahan yang baik iaitu mendapat RM8.++ untuk bulan ini. Dan bulan depan mungkin dapat duit Innity ni. Untuk adsense pula, hanya mencapai $8.18 sahaja dan masih jauh dari sasaran.
Cuma bulan ni, duit terkumpul churpchurp telah mencapai angka minimum yang boleh ditunaikan. Nak tau camne nak dapat duit dari ChurpChurp ? Cuba tengok sini.
2. Traffik blog
Blog ligakampung
Ada sedikit peningkatan dari kejatuhan pada bulan lepas. Nak mencecah 1,000 pengunjung unik memang sukar tapi sekarang ni mampu lebih 5++ pengunjung unik namun perlu di tingkatkan lagi. Angka Alexa juga telah turun sedikit demi sedikit dan mencecah 239,517 ( 1 Ogos 2012).
Blog rear-wheel
Pengunjung unik sekitar 300-400. Tiada peningkatan ketara cuma ada bangga sikit dengan innity.
Blog OhPemandu
Sudah mula stabil dengan pengunjung sekitar 200 sehari. Sedang mencari formula untuk melepasi 300 pengunjung sehari.

Blog kedaikraft
Masih biasa.
Blog niche kesihatan dan kewangan juga kurang memberangsangkan. Hanya sekitar 30-50 sehari. Namun sedang diusahakan untuk meningkatkan lagi pengunjung.


Untuk bulan Ogos ni cuma nak menambah perancangan pada :-

1) Program affiliate. Selain affiliate tempatan, nak cuba dapatkan jualan pertama untuk program affiliate luar negara.
2) Mendapatkan duit paypal. Sekarang ni paypal 0.00 selepas bayar domain tempohari.
3) Menjayakan projek offline.

Yang lain tiada perancangan baru. Diharap mampu berjaya pada tahun ini.

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :595

9 thoughts on “Pencapaian Julai 2012 dan Perancangan Ogos 2012

  1. DenaihatiNo Gravatar says:

    good luck untuk pelbagai plan untuk augus

    Reply

  2. wandisiniNo Gravatar says:

    wah…bagus la bro zool ini. ada perancangan untuk setiap bulan. semoga sukses dengan segala apa yang dirancangkan

    Reply

  3. titanNo Gravatar says:

    yang penting, jangan mudah putus asa ekk..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo. terima kasih atas pesanan tu..

    Reply

  4. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    target yg baik ni bro..semoga berjaya.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq.. harap begitulah

    Reply

  5. daddydeeNo Gravatar says:

    tahniah dan moga terus maju…satu pencapaian yang cukup hebat…

    Reply

  6. AdamNo Gravatar says:

    Bagusnya ada plan. Kalau macamni memang semua kerja akan jalan, macam saya ni plan ada tapi tak teratur. Boleh la kongsikan tips untuk menjadi seorang yang teratur macam Bro.

    Tapi asasnya ialah disiplin. Kalau kita list 10 tapi satu pun tak jalan, susan. At least dah jalan 5 senang hati tengok.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sebenarnya saya bukan teratur sangat cuma nak kena tengok balik apa yang jadi dan apa yang tak jadi.. boleh review. memang asasnya displin dan minat.. saya cadangkan adam tulis je kat blog. ikut atau tidak nanti boleh tengok dalam hujung bulan.. tapi kena pastikan ada entri pasal ni setiap bulan….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge