Pencapaian Februari 2012 dan perancangan Mac 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Entri bulanan yang akan menjadi kemestian si ZOol. Ini penting bagi menilai tahap pencapaian diri ini. Takdelah dah hujung tahun baru nak buat semakan tentang sebarang usaha dalam tahun ini. Berikut merupakan pencapaian bulan Februari 2012 dan perancangan bulan Mac 2012 :-

1. Bayar PTPTN RM200 sebulan – Bulan lepas dah bayar cuma bulan Mac belum lagi. Ada sedikit masalah kewangan pada bulan Februari ni. Tapi mungkin cuba juga nak bayar.
2. Tambahan simpanan. Bulan Februari pun takde simpanan. Mengecewakan.
3. Susun jadual blog. Setakat ini jadual blog agak teratur. Malahan blog niche kesihatan dan kewangan juga telah mula dikemaskini dalam 4 entri seminggu. Satu pencapaian baik.
4. Berat badan ideal. Tak berapa berbeza dari bulan lepas, cuma berubah sikit dari 68 kg ke 67kg. Kena lebih rajin mengeluarkan peluh ni.
5. Buat kad raya. Masih ada masa lagi.
6. Masih mencari… Sedang membuat pilihan sebelum tindakan selanjutnya..Terdapat beberapa sasaran dikenalpasti..
7. Cuba khatam Quran. Er… masih tak bergerak lagi..
8. Bayar hutang ikut jadual. Pinjaman kereta dah bayar, rumah ok. Bil telefon dah bayar bulan lepas. Bil Streamyx 2 hari lepas. Cukai pintu belum lagi.
9. Fokus pada sesuatu. Ye sekarang masih kekal..

Perancangan blog
1. Pendapatan blog – Kurang memuaskan. BE Nuffnang dapat 1 je. Tu pun baru tamat semalam dengan kadar RM5*.** je. Innity merosot. Bulan Februari hanya mampu menjana RM3.** je. Google adsense pun merosot sikit. Hanya $8.** je bulan ni. Cuma bulan ni dapat sikit pendapatan affiliate dari tipsptd.
2. Traffik blog
Blog rear-wheel.com tidak menampakkan perubahan ketara. Masih 2++ pengunjung unik sehari walaupun entri telah diperbanyakkan lebih 1 entri sehari.
Blog ohpemandu mampu mencecah 2++ pengunjung sehari tapi masih perlu diperkuatkan dari segi promosi untuk mencapai sasaran 500 sehari.
3. Blog ligakampung mampu mencapai 1,000 pengunjung sehari tapi kadangkala tergelincir bila keyword takde .
4. Blog kedaikraft ada penambahan pengunjung terutama bila peraduan menulis entri kraftangan dan aku mendapat bantuan dari peserta. Yang belum masuk tu cepat-cepatlah join. Lagi 18 hari je sebelum peraduan tu tamat..
5. Blog niche kesihatan dan kewangan – traffik masih dibawah 100 pengunjung sehari tapi telah mula mendapat perhatian penulis tamu. Dapat mengurangkan kerja-kerja si ZOol untuk update. Harap ramai lagi yang akan menjadi penulis tamu bagi blog tersebut bagi memberikan masa untuk si Zool mempromosi blog tersebut.

Perancangan Februari
Dalam entri perancangan februari terdapat 2 pelan yang disasarkan iaitu :-
1. Nak buat peraduan. Yup, peraduan sedang berjalan dan 6 orang telah menyertainya.. Satu hadiah telah diberikan pada peserta terawal peraduan ni.. ANda bila lagi? Cepatlah join.
2. Cuba menjual stok beg kraftangan. Agak malang stok masih tidak terjual. Cuma bulan ni dapat jual capal je. Tapi ada feedback dari orang ramai selepas letak iklan di mudah.my. Insyaallah lama-lama ada le tu.

Perancangan Mac
1. Menyelesaikan peraduan. Hadiah akan diberi pada bulan Mac ni atau paling lewat pada awal bulan April 2012.
2. Jual barang kraftangan. Kalau boleh nak cari potensi untuk jual di karnival atau ekspo. Tengoklah camne.
3. Cipta satu lagu.. Dah lama tak buat lagu ni.. Nak kena buat satu gak..

Okay cukuplah setakat ini. Kita berjumpa lagi bulan depan mengenai entri sebegini..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :224
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Pencapaian Februari 2012 dan perancangan Mac 2012”

  1. Izzat AzizNo Gravatar says:

    Sejak akhir bulan 1 sampai sekarang duk menganggur, tapi masih kena bayar bulan-bulan laptop. Aku kena 158 sebulan, memang beratlah.. dah lah tak de sumber duit.

    Mujurlah ada yang sudi offer freelance, bolehlah buat bayar bulan-bulan untuk 2-3 bulan, kalau tak buntu, nak cari part time pun malas..haha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpe.. sabar .. cuba cari sambil2 buat freelance secara lebih kuat.

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    hehe.takpe. usaha kuat-kuat lagi lepas ni. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang akan berusaha lebih keras lagi ni.

    Reply

  3. pickleNo Gravatar says:

    Best nyer ader perancangan.. Kiter ader perancangan jugak so far alhamdulillah tak berlobang.. cuma nak meningkatkan perancangan tu ada je halangan.. sekarang masih guna perancangan lama.. :)

    Reply

Leave a Reply