Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebenarnya agak bengang dengan keadaan Streamyx yang sering kelip-kelip di lampu ADSL.. Ianya menyebabkan sedikit sebanyak gangguan emosi sekaligus trafik sedikit menurun.. HUhuhuhuhuhu.

Tapi takpe itu semua cabaran.. Okaylah nampaknya malam tadi perjumpaan kembali dengan budak-budak sekolah menengah melalui event kecil, permainan badminton berjaya dilaksanakan. Walaupun hanya dapat mengumpulkan 5 orang dari berpuluh yang dijemput namun ianya masih boleh berjalan. Mungkin ramai dari mereka yang agak sibuk.. Almaklumlah mereka semua bekeluarga manakala saya masih solo.. Jadi sudah pasti berbeza komitmennya.
Cerita tentang badminton ni, saya telah menyewa satu gelanggang badminton di Lipat Kajang, Jasin yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan harga RM5.00 sejam. Untuk menyewa gelanggang perlu mengisi borang di MPJ.Harga tersebut memang murah berbanding di tempat lain sekitar negeri Melaka. Mungkin sebab permintaan permainan badminton di Jasin ni kurang. Ketika bermain, dewan yang menempatkan 8 gelanggang hanya dipenuhi disebelah (4 gelanggang).. Memang penjagaan dewan tersebut agak sederhana.. Tidak terlalu kotor dan bersih..
Dan seperti biasa, saya sering menjadi team yang kalah.. Almaklumlah dengan kadar ketinggian 1.53m dan kelemahan dari segi servis memudahkan pihak lawan mengutip mata.. Main 4 kali dan kalah semuanya.. He hehe… Malu-malu.. Dan kitorang main mata 15, almaklumlah masing-masing budak-budak tahun 90-an tak berapa tau nak buat kiraan 21 mata ni..
Permainan badminton ni lebih santai berbanding dengan futsall.. Ye lah berbanding futsall yang memerlukan kelajuan dan aggresif, badminton lebih mementingkan skill.. Siapa yang pandai menggunakan pergelangan tangan mampu mengalahkan pasukan lawan tanpa perlu mengeluarkan tenaga berlebihan.. Betul tak?? Walaupun begitu memang agak penat sekali..Berpeluh habis..
Tapi tak kisah semua tu sebab yang penting adalah dapat bertemu rakan lama yang jarang-jarang diketemu..Selepas tu lepak-lepak di kedai Din Corner dan borak-borak bercerita kisah lama.. Biasalah ‘si Zool’ mesti kena soalan ‘maut’ tapi buat tak reti je la kan…
Hm.. nampaknya selepas ni mungkin bebudak r SMBDFrenz95akan mengadakan rombongan tapi si Zool tak join… Takpelah gembiralah kawan-kawan oit.. Mungkin akan datang si Zool akan meng’arrange’kan game futsall kembali. Selaku biro Sukan persatuan tak berdaftar ni, mungkin akan ada game lain yang akan mengumpulkan kembali rakan-rakan lama.. Kepada member-member UiTM yang mungkin membaca blog ni, tak teringin ke nak buat sesuatu?? Kepada rakan-rakan pembaca pula, macam mana dengan silaturrahim anda dengan kawan-kawan lama?? Saya mengalakkan jika anda nak buat ‘gathering’ atau sebagainya, permainan sukan seperti badminton,futsall, bowling adalah lebih seronok berbanding ‘perjumpaan’ di hotel 5 bintang.. Lagi satu, kalau perjumpaan dengan rakan-rakan tu janganlah bawak keluarga… Dah lari konsep tu..
RSS Feed
Twitter



December 28th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


kau rasa mcm x pernah sampai lagi ke lipat kajang neh. hehe
Reply
zool
Reply:
December 28th, 2008 at 09:19
Kau ke aku???
Takkan tak penah sampai kot..
Jom lah layan badminton…
Reply
Zool…pasti soalan maut tu tanya pasal awal tak kahwin lagi..betul tak?Di dalam hidup kita ni zool..kita perlu menghargai kehadiran kawan-kawan kita kerana merekalah antara penyeri di dalam perjalanan kita.Tanpa kawan,sepilah hidup kita.
Reply
zool
Reply:
December 29th, 2008 at 03:06
Betullah.. soalan tu apa lagi..
Reply