Ingin berniaga online?? Cuba Niaga Kit
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ye.. peminat.. Saya yakin anda mungkin pernah menjadi peminat .. Malahan mungkin anda mempunyai peminat sendiri..
Bercerita tentang peminat, sekarang ni sudah pastinya ramai peminat yang sibuk dengan keputusan EURO 2008.. Ramai peminat bolasepak yang bersengkang mata menantikan perlawanan di kaca tv dan tidak kurang juga yang mengalirkan airmata melihat kekalahan pasukan masing-masing.. Fanatik sungguh korang ye..
Saya yakin anda semua pasti pernah menjadi peminat.. Ops saya bukanlah ingin bukanlah nak cerita pasal ‘ peminat susah mati’ selebriti.. Bukan pasal Mailfc Mawifc atau apa jua fc pun…

Yang ingin saya bicarakan di sini ialah mengenai minat terhadap seseorang atau bahasa modennya ‘ Secret Admire’.. Kebiasaannya orang yang di ‘admire’ ini terdiri dari mereka yang mempunyai paras rupa menawan, fizikal yang mampu memikat orang disekelilig. Teringat masa sekolah-sekolah dahulu apabila pernah disuruh menjadi orang tengah menyampaikan salam kepada seseorang.. Tapi biasalah tak penah menyampaikan pun…

Pernahkah anda menjadi ‘peminat’ atau ‘diminati’ oleh seseorang.. Saya pernah mengalami 2 situasi tersebut.. Rasanya situasi ‘peminat’ tidaklah pelik bagi seorang lelaki macam saya tapi diminati mungkin agak janggal.. Situasi ini pernah berlaku ketika saya di IPT dulu.. Bukanlah diminati tetapi terdapat seorang ‘awek’ yang ingin mendekati saya.. Tetapi akibat dari ketidakbijaksanaan si Zool ianya berlalu begitu saja.. Tapi setiap tu ada hikmahnya.. Sudah pastinya saya tidak sesuai untuk beliau..

Jadi bagaimana pula dengan anda?? Pernahkah anda mempunyai peminat secara diam ini atau anda sendiri menjadi peminat sebegini.. Apakata tulis di sini untuk saya menganalisis bagi projek seterusnya…

 

Tags:

15 Responses to “Peminat”

  1. aku pun dah demam euro 2008. sampaikan blog aku kena suspended sebab ramai sangat masuk. hehe :)

    [Reply]

  2. kalau ada pun kene rahsia kan kan? hehe.. tp sesungguhnye in the end..x de maknenye jd admirer mahu pun di admire ni..

    [Reply]

  3. dulu2 masa belajar - kena admire biasa lah tue (perasan ler tue :D)

    [Reply]

  4. thanks utk link ke blog I :) Sib baik blog i tak kena suspend :P

    [Reply]

  5. student yang cool,mesti ramai secret admire…hauhahuahau..aku tidak cool sebab aku tak ramai secret admire

    [Reply]

  6. KNizam –> alamak jgn demam woo.. dah nak abis dah ni..
    syia –> betulla tak de maknanya admire2 ni.. syia mesti ramai orang admire kan??
    abahfateh –> wah mesti ko ni kacak gile kan..
    IcedNyior –> kena suspend kenapa plak??
    xmindfreak –> aku tak cool.. aku low profile amat.. sampai le sekarang..

    [Reply]

  7. hahah. satu kna sujud syukur sbb ade orang minat. dua kna kembangkan lagi pakej yg ada. ketiga, bersedia la utk komitmen. keempat yg penting jd IMAM! hahah!

    [Reply]

  8. rasanya kalau ko balas admire awek tu dah kawen agaknya ko… :D

    [Reply]

  9. budakmerah –> dulu ada orang minat.. sekarang ni takde… insyallah sedang bersedia untuk menjadi IMAM kalau diizinkan olehNya..
    kumb@ng –> no komen…. mungkin Dia lebih tahu yang mana lebih sesuai untukku..

    [Reply]

  10. He he peminat memang ada juga ,cuma kadang -kala kalau tak tahu macam mana urus ,bahaya tu…

    [Reply]

  11. oh..suspend sbb byk yg masuk blog I setelah google utk results :) mcm kes KNizam

    [Reply]

  12. huhhuu..jd secret admire ni slamat tak??hahaha…klu dah diminati tu perkara biasa la..tp klu jd secret nyer tu..hahaha..kesian org mcm ni..tak terampai hajatnya..

    lg 1..apa pendapat korang..klu ada secret admire yg minat kat korang..pastu suma perkara tentang anda diketahui olehnya..apa anda akan rasa??hahaha..mcm best je soalan nih..

    [Reply]

  13. ni mesti sebab kau memilih kot zool. awek yang minat kau tu xberapa cantik ke?

    [Reply]

  14. pakar clickbank –> bestlah ko ada peminat… pandai2 le uruskan…
    farahaznil –> selamat selagi tak terlalu obses … :)
    syam –> awek yang minat aku tu cun.. antara top ‘batch’ aku.. tapi ntah la. aku tak berminat bercinta ‘time’ tu.. memilih?? ye kot.. :(

    [Reply]

  15. admirer..
    suka zaman study dulu kan! tetiba times roses day .. terima byk bunga kan! sedangkan kawan2 satu rumah yg lain takdpt satu pun…for girl ‘flowers n roses’is the ultimate of anything n everything . Well, i only knew i had admirer at the time i get the roses.. and they actually just around me ! wat a wonderful feeling!

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>