Pemeriksaan kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini ada pemeriksaan kesihatan di Seri Negeri. Jadi saya tidak mahu melepaskan peluang untuk memeriksa tahap kesihatan. Ramai juga yang datang ke sana . Lebih dari sejam juga nak setel memeriksa fizikal dan ukuran biokimia.
Seperti biasa tahap BMI saya berada dalam lingkungan lebih berat badan iaitu 27. Nilai yang ideal adalah sekitar 18 – 23. Kira perlu melakukan seperti dalam ebook Panduan Diet dan Langsing tu. Ye lah kalau tak nanti BMI makin menjadi teruk hingga ke tahap obesiti. Bahaya tu…

Dari segi tekanan darah masih tinggi iaitu 167/88 mmHG , yang ideal ialah di bawah 140/90mmHg. Ini mungkin sebab tekanan yang dihadapi. Sedikit demi sedikit pasti terasa kesannya. Ukuran biokimia atau dalam bahasa kampungnya , ‘ kandungan gula’ agak tinggi iaitu ’8.0 mmol/l’. Mungkin sebab sebelum datang ke pemeriksaan tu saya baru lepas sarapan di warung Rendang tapi bila tengok memember yang sama makan agak jauh juga bezanya.. Jadi saya perlu memberi perhatian dan mengelak dari menguyah pada malam hari. Sambil tu perlu banyak minum air kosong. Ini tidak, air teh o misai kucing pun balun ngan gula. Mana nak khasiatnya.. He hehe..

Nampaknya saya perlu menguatkan diri untuk menjadi lebih sihat. Antara perkara yang perlu saya lakukan ialah :-

1. Elakkan makan di malam hari. Makan nasi pun sebelum Maghrib ye ZOol..
2. Kurangkan tidur banyakkan bersenam. Si Zool ni kuat gak tidur terutama di waktu cuti. Siap lepas solat Subuh boleh menyambung tu.. Tak elok, nanti rezeki tak masuk. Sepatut kena buat sedikit senaman. Mungkin boleh layan tanam pokok cili dalam pasu kot.. Atau tabur baja kat pokok limau nipis. Baja melambak kat rumah tu..
3. Kurangkan dengan facebook, twitter, blog.. Kalau hari cuti tu 70% hari kat PC… Mana leh camtu oit.. Badan tak bergerak tu…
4. Nasi oh nasi.. Perlu dikurangkan juga sebab banyak kanji tu.. Mempunyai risiko tinggi untuk menambahkan berat badan sekaligus mendekatkan diri dengan penyakit.
5. Cuba-cubalah bersenam. Ada rakan sepejabat yang ingin mengajak saya pergi ke gimnasium Kennysia Rakyat dekat Ayer Keroh tu. Tengoklah camne.. Dengar cerita kena bayar RM5 .. Tapi tak pasti untuk satu sesi atau sebulan…

Okay cukuplah setakat ini.. Kepada rakan-rakan semua cuba buka baju.. Pandang ke arah perut anda? Adakah ianya agak membesar ke depan?? Cepat-cepatlah pergi periksa tahap kesihatan anda ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1599
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Pemeriksaan kesihatan”

  1. safarNo Gravatar says:

    Waktu malam kita perlu banyak tenaga.jadi tak perlu
    nak makan malam.cukup pada waktu tengah hari dan petang.

    Reply

  2. safarNo Gravatar says:

    maaf kita tak perlu banyak tenaga.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq… cuma kadang2 tu perut ni jahat sangat…
    berbunyi je keje..
    huhuhuhuhu

    Reply

  3. izzat azizNo Gravatar says:

    haha.. bmi aku 19 so oklah.. tekanan darah tu tak tahu plak.. nnti ada check free gni kena pgi ni.. hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    mesti kena gi ..
    walaupun ko kurus.. tapi kena check gak…
    sekarang ni penyakit tak mengira fizikal..
    pemain bola yang tegap2 pun boleh kena strok mengejut

    Reply

Leave a Reply