Pemenang Liga Hoki Malaysia 2020 tuntut KHM serah hadiah kemenangan

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Pasukan Hockademy menuntut Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) supaya segera melunaskan hadiah wang kemenangan mereka selaku juara Liga Hoki Malaysia (LHM) Wanita 2020 dan tidak memperjudikan nasib barisan pemainnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Hockademy turut menyarankan KHM mendahulukan wang sendiri sekiranya badan induk hoki negara itu masih belum menerima wang penajaan bagi membayar hadiah kemenangan demi kebajikan pemain mereka yang bekerja keras selama ini.

Tuntutan dan gesaan itu dibuat sebagai merujuk kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Anil Jeet Singh dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bertajuk “MHC: Only one team making all the noise”.

“Pihak Hockademy melihat ia sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab oleh pihak KHM dan secara tidak langsung memberi gambaran bahawa badan induk itu memandang remeh serta tidak mementingkan kebajikan pemain hoki tempatan yang merupakan nadi kepada sukan hoki negara.

“Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM itu jelas memberi mesej bahawa KHM dengan sengaja boleh melengah-lengahkan pembayaran hadiah wang kemenangan LHM 2020 tanpa alasan kukuh apabila mengambil pendekatan untuk menganggap setiap pasukan yang terlibat tidak menghiraukan soal cepat atau lambat pembayaran itu dibuat,” menurut kenyataan itu.

Saingan LHM 2020 tamat pada 22 Feb lepas dan pasukan Hockademy wanita dijangka menerima wang hadiah kemenangan berjumlah RM65,000 selepas turut muncul naib juara Piala Vivian May Soars 2020 dengan hadiah wang kemenangan berjumlah RM15,000.

— BERNAMA

Harap disegerakan juga. Mungkin sukan-sukan lain pun ada isu sama rasanya ni.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.