Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Pembungkusan baja cacing

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya dalam kesempatan Streamyx masih bernyala ni, eloklah saya menulis sedikit sebanyak artikel.. Sepatutnya saya telah menulis mengenai YB cacing 2-3 hari lepas namun beberapa sebab memaksa saya menangguhkannya..

Pada hari tersebut saya cuba untuk melakukan pembungkusan baja cacing.. Nampaknya percubaan kali pertama ada sedikit kegagalan terutamanya dari segi kelurusan ‘menyeal’ plastik tersebut.. Selain itu kaedah aya dari segi labeling juga terdapat kelemahan ketara.. Nampaknya penggunaan kertas A4 biasa tidak sesuai memandangkan terdapatnya gas-gas di dalam baja tersebut yang menyebabkan ink pada kertas tersebut hilang. Selain itu ayat-ayat dan design label perlu dipelajari. Mungkin selepas ini saya akan melihat konsep dan gaya yang biasa digunakan oleh baja-baja komersial. Banyak yang perlu diperbaiki sebelum saya memasarkan baja tersebut secara komersial..

Tapi itulah dia cabaran untuk mencari sesuatu.. Tiada perkara yang mudah namun perlu tabah dan sentiasa belajar… Lihatlah gambar di bawah.. Percubaan pertama saya untuk membungkus..
Photobucket

Pembungkusan adalah amat penting bagi menarik perhatian kepada bakal prospek..Dengan pertambahan baja vermikompos dalam simpanan mungkin akan membantu saya mendapat sedikit pendapatan di luar sekaligus dapat menambahkan lagi sedikit simpanan..

Bagi pembaca setia mungkin pernah membaca artikel mengenai tanaman jagung.. Agak malang baru je nak bercambah, ayam-ayam di rumah telah merosakkannya.. Terpaksa digantikan tanaman tersebut dengan cili..
Photobucket
Namun ianya saya anggap sebagai cabaran.. Insyaallah saya akan kembali menanam jagung di pasu…
p/s :- Artikel dibuat dalam tergesa-gesa jadi mungkin kualitinya agak kureng..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 87
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

6 comments to Pembungkusan baja cacing

  • AASSHHNo Gravatar

    Zool..usaha tu tangga kejayaan!Awak hebat,berani meneroka dan mencuba pelbagai jenis peluang dan ruang.Insyaallah jika semangat sebegini diteruskan suatu hari nanti awak akan menjadi SOMEBODY!Ayam-ayam tu tak cukup makan ke?Awas!Siput akan makan biji cili pulak!

    Reply

  • emm,berbudi pada tanah insyaAllah akan mendapat hasilnya..ttg packaging tu,mungkin zool boleh buat label yang menggunakan sticker dan dilekat di bahagian luar utk memudahkan pembeli membaca info tersebut..
    Semoga berjaya,kerana jika kita ada halaman rumah yang luas,pelbagai aktiviti yang boleh menjana pendapatan dapat dilakukan..berbeza jika tinggal di kws perumahan2 di KL.. : )

    Reply

  • Wah..Memang berani menyahut cabaran. Aku cadangkan kau letak website address ko kat label tu. Mana tau kot ada omputih terbaca ke. Leh oder online kan.
    Cheers

    Reply

  • Zool.. boleh nak guna kertas A4, tapi jadikan 2 lapis. lapis dalam utk baja sahaja, kertas label terletak di antara lapis dlm dgn lapis luar.

    kertas photostat dgn grafik yg simple sudah memadai (kertas berwarna dpt mengurangkan rupa selekeh photostat).

    memang biasanya baja menggunakan 2 lapis plastik (dalam yang lembut, luar keras)..

    boleh check packaging aku kat sini,..

    http://kambing-jamnapari.blogspot.com/2007/05/baka-kambing-jamnapari.html

    Reply

  • Salam,

    Saya nak tanye pernah tak after packing baja, baja tu berkulat??

    pernah jadi ke??

    Reply

  • AdhaNo Gravatar

    salam,

    nak tanya .. kalau pembungkusan baja dalam guni bagaimana..
    saya ada bekalan guni kosong .. cuma camne nak print atas guni tue ?

    Reply

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>