Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebelum ini saya pernah menulis tentang sejarah Jasin yang diceduk dari brochure Majlis Perbandaran Jasin namun ianya dipertikaikan oleh seorang pembaca .

Sebenarnya si Zool bukan pakar sejarah dan apa yang ditulis hanyalah diambil dari sumber-sumber internet sahaja dan boleh dipertikaikan. Nampaknya setelah lebih dari setahun ( komen pembaca bertarikh 19/11/2010) maka akhirnya dapatlah saya bersua muka dengan komentar tersebut. Pertemuan tersebut untuk membuktikan bahawa kewujudan Jasin adalah sebelum dari tarikh yang dinyatakan sebelum ini. Penerangan yang diberikan memang terperinci beserta bukti-bukti bertulis dari peta dan manuskrip lama yang diambil dari Arkib Negara. Bagus sebab ianya boleh memperbetulkan kesilapan yang dilakukan sebelum ini disambil membantu ahli-ahli sejarah mencari maklumat mengenainya di internet.
Secara peribadi, sebenarnya sejarah Jasin ini sukar untuk dicari di Internet dan bila dijumpai pun, kesahihannya tak dapat dibuktikan (seperti terjadi kat si Zool). Apapun, insyallah si Zool akan menulis entri terbaru mengenai Jasin berdasarkan perbincangan dengan beliau beserta bukti-bukti bertulis…
Sekian..




Jasin melaka kan?
Reply
zool
Reply:
April 16th, 2012 at 08:38
Betul-betul-betul
Reply
Satu langkah yang bijak
Tahniah kerana bro sanggup mengumpul maklumat mengenai sejarah setempat
Reply
zool
Reply:
April 17th, 2012 at 17:29
Budak tu yg patut diucap tahniah..
saya tumpang publish je
Reply
[...] ini saya pernah menulis tentang entri pembetulan sejarah Jasin dimana saya perlu membetulkan kesilapan yang dilakukan pada entri yang ditulis pada tahun 2009 yang [...]