LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain Skuasy Nafizwan , Delia juara Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2015

Pemain skuasy lelaki Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan berjaya merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2015.
Pemain pilihan utama kejohanan itu menumpaskan pemain pilihan 3/4 Muhammad Asyraf Azan pada perlawanan akhir di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 11-3, 11-6 dan 11-7.
Pemain berasal dari Kuala Terengganu ini membawa pulang hadi wang tunai RM15,000 beserta trofi manakala Muhammad Asyraf meraih RM7,000 dan trofi naib juara.
Mohd Nafiiizwan yang kini berusia 29 tahun berkata kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat baginya untuk meraih keputusan terbaik pada Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia di Washington, Amerika Syarikat dari 13-22 November ini.

nafiizwan-delia

Sementara itu bagi kategori wanita, Delia Arnold berjaya menumpaskan juara bertahan Low Wee Wern dengan keputusan 11-6, 11-5 dan 11-6.Delia berjaya membawa pulang wang tunai RM8,000 serta trofi manakala Wee Wern memawa pulang wang tunai RM4,000 beserta trofi.
Pemain berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur ini berharap kemenangan ini mampu menjadi pemangkin sebelum kejohanan Terbuka Hong Kong dari 26 November – 6 Disember dan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Malaysia dari 11-16 Disember.
Beliau mensasarkan untuk berada dalam kelompok 10 teratas dalam Ranking Dunia menjelang tahun ini.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Pemain Skuasy Nafizwan , Delia juara Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)