LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain remaja negara catat keputusan baik di Kejohanan Skuasy Terbuka Britain , 2 rangkul kejuaraan

Sukan skuasy merupakan antara sukan yang sering menampilkan pemain-pemain bertaraf dunia. Pemain seperti Nicol David, Low Wee Wern, Nafizwan bersaing dalam peringkat tertinggi.
Nampaknya sukan skuasy telah mempunyai para pelapis yang baik. Pemain seperti S.Sivasangari , Ng Eain Yow bakal menggantikan nama-nama di atas namun pemain-pemain junior menampakkan keputusan positif.
Kejohanan Terbuka Remaja Britain 2019 berjaya membuktikan bahawa sukan skuasy mempunyai para pelapis yang tersendiri.

Dalam kejohanan yang berakhir pada Sabtu lalu, pemain remaja negara memenangi dua gelaran iaitu melalui pemain Ameeshenraj Chandaran yang menumpaskan pemain pilihan pertama Dennis Gilevisky dari Ireland dengan keputusan 8-11,11-6,11-5 dan 11-7 bagi kategori Lelaki Bawah 15 (B-15).
Sebelum itu, pemain bawah 11 tahun iaitu Nickhileswar Moganasundharam pula menepati status pilihan pertama dengan menumpaskan pilihan kedua Chris Baddour dari Mesir dengan keputusan 9-11, 11-7,11-4 dan 11-6.

[ Pengenalan Mengenai Sukan Skuasy di Malaysia ]

Harith Danial Jefri yang beraksi dalam kategori lelaki Bawah 13 pula tumpas tipis ke atas pemain England Warwickshire’s Abd-Allah Eissa dengan keputusan 7-11,11-9,11-9,7-11,12-14.
Aira Azman yang merupakan pilihan pertama kategori bawah 15 wanita pula terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari Mesir, Salma El Tayeb selepas tumpas 8-11, 11-9,11-7,13-15,7-11.
Seorang lagi wakil wanita Malaysia di peringkat akhir, Whitney Wilson yang beraksi di kategori bawah 11 tumpas kepada Anahat Singh dari India dengan keputusan 11-13, 9-11, 11-7, 9-11.

Kalau kita lihat ada lima wakil negara di peringkat akhir. Ini membuktikan terdapat pelapis yang baik untuk sukan skuasy. Cuma kena lihat tentang perkembangan para pemain ketika menuju ke peringkat senior nanti.
Semoga mereka meneruskan lagi aksi mereka di peringkat tertinggi. Kita tunggu lagi 5 tahun akan datang samada pemain seperti Ameeshenraj Chandaran, Aira Azma akan muncul dalam skuad senior .

Sumber Berita :- PSA World Tour

2 thoughts on “Pemain remaja negara catat keputusan baik di Kejohanan Skuasy Terbuka Britain , 2 rangkul kejuaraan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.