LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain Malaysia tumpas menentang Bahrain

Pasukan barisan pemain bawah 23 tahun negara mengakhiri peringkat Kumpulan dengan kekalahan kepada pasukan Bahrain. Selepas berjaya menang dalam dua perlawanan terdahulu, Ong Kim Swee merehatkan beberapa pemain utama dalam kesebelasan utama.
Separuh masa pertama dimulakan menampakkan barisan pemain negara seakan mampu membawa mata penuh. Rembatan dari luar kotak penalti oleh Syahmi Safari pada minit ke 20 menghasilkan gol pendahuluan buat pasukan negara.
Pasukan negara yang agak tumpul tanpa Safawi Rasid dan Akhyar Rasid dihukum oleh pemain Bahrain. Kesilapan barisan pertahanan dihukum Mohamed Hardan yang berhadapan dengan penjaga gol kedua negara pada minit ke 33.
Hasil sepakan sudut pada minit ke 37 menyaksikan Hamad Allshamsan menjaringkan gol pada minit ke 37.
Datuk Ong Kim Swee memasukkan Safawi dan Akhyar pada pertengahan separuh masa kedua tetapi Bahrain menambah gol ketiga pada minit ke 89 melalui Mohamed Hardan.
Ketika perlawanan hampir tamat, Akhyar Rasid mendapatkan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid pada minit ke 90.
Keputusan tersebut menyaksikan pasukan negara tumpas 2-3 kepada pasukan Bahrain. Walaubagaimanapun pasukan negara telah layak ke pusingan kedua dan akan berhadapan dengan gergasi bola sepak Asia, Jepun pada 24 Ogos ini.
Pastinya Datuk Ong Kim Swee perlu melakukan percaturan yang tepat pada perlawanan tersebut.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)