Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain Liga Malaysia perlu mengisytiharkan harta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan bahawa pemain, pegawai pasukan dan pemain import dalam liga tempatan akan dikehendaki mengisyitharkan harta masing-masing.
Menurutnya, kaedah ini perlu dilaksanakan bagi membendung gejala atur perlawanan yang masih membelengu industri bolasepak negara. Menurutnya, Jawatankuasa Integrisi FAM telah memperhalusi dan mempermudahkan borang bagi memudahkan pihak berkaitan.
Surat kepada FA negeri akan dihantar bagi mendapatkan maklumbalas sebelum tarikh pelaksanaan borang ini dilaksanakan.
Isytihar-Harta
Musim lepas pengadil Liga Super Shokri Nor, 47, dan bekas pemain, Thana Segar Sinnaiah, 38 telah ditangkap atas tuduhan mengatur perlawanan LionsXII menentang Sarawak.

Foxsportsmy

Sememangnya ini satu kaedah baik bagi membendung gejala rasuah yang melanda bolasepak tempatan. Selain kaedah yang perlu diteliti dengan sebaiknya, FAM perlu bekerjasama dengan agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan ia berjaya dilaksanakan.Melalui pengisytiharan harta, para pemain, pegawai boleh disiasat jika didapati mempunyai harta yang tidak munasabah atau tidak diisytiharkan. Kaedah mengisytiharan harta ini dilaksanakan oleh kerajaan dan organisasi bagi memastikan tiada berlaku pemilikan harta yang meragukan.
Pastikan juga borang pengisytiharan harta itu disemak secara mendalam dan bukan hanya sekadar dokumen tanpa ada pengesahan pemilikan sebenarnya. Diharap kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan gejala rasuah di kalangan pemain bolasepak Malaysia.
Ini juga amat penting memandangkan terdapat cadangan untuk menswastakan Liga M dimasa hadapan dan pasti Integriti pihak berkaitan dalam memasarkan industri bolasepak amat penting. Jadi keseluruhan organisasi perlu jujur dan amanah dalam melaksanakan kerja masing-masing.Semoga idea ini mendapat kerjasama diantara semua pihak yang terlibat.
Apa pula pendapat anda ? Adakah bersetuju dengan kaedah ini?

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Pemain Liga Malaysia perlu mengisytiharkan harta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)