LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain hoki negara diintai kelab Eropah

Peminat sukan pasti sedia maklum mengenai kemampuan pasukan hoki negara. Pasukan hoki negara berada dalam kelas antara yang terbaik didunia. Walaupun sedikit merudum pada beberapa kejohanan sebelum ini namun kelibat bebereapa pemain menarik minat banyak kelab hoki di benua Eropah.
2 adik beradik iaitu Faizal dan Mohd Fitri Saari dikhabatkan menjadi rebutan beberapa kelab Eropah dari Jerman, England, Perancis dan Belgium untuk memperkuatkan pasukan mereka.
pemain-skuad-hoki

Selain dua adik beradik , Dhaarma juga mendedahkan barisan pemain senior yang lain turut menjadi perhatian beberapa kelab Eropah terutamanya Jerman yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

Menurut ketua jurulatih negara yang direhatkan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, terdapat lebih dari 18 pemain dari skuad negara dikatakan menjadi pilihan kelab ternama Eropah seperti Wespeen Hockey Club (Jerman), Cardiff City Hockey Club (Scotland) dan Canterbury Hockey Club (England).
Dhaarma yang kini ditugaskan di bahagian pembangunan akar umbi sukan hoki negara dijangka akan menetap di Eropah selama tiga bulan bermula 16 September ini. Ini juga bagi membolehkan beliau menjalin hubungan dengan kelab-kelab di Eropah. Menurutnya lagi, pengalaman di Eropah penting kerana jika pemain negara mahu berjaya dan menimba pengalaman, perlawanan di Eropah mampu mematangkan mereka.

Sebagai rekod, seorang pemain tengah negara, S.Selvaraju telah disambar oleh Kelab Hoki Wespen(Wespen HC) dan akan beraksi dalam saingan Divisyen Dua Liga Hoki Jerman selepas ini.

– KOSMO

// Satu perkembangan yang baik untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan hoki negara. Mungkin dengan penyertaan beberapa pemain ke Liga Eropah akan membuka mata pasukan ternama untuk mendapatkan pemain negara sekaligus memberikan kelebihan kepada skuad hoki negara. Pastinya penyertaan ke Liga Eropah mampu membentuk pemain untuk menjadi lebih baik terutama berhadapan dengan pasukan yang mempunyai fizikal yang lebih baik

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Pemain hoki negara diintai kelab Eropah

  1. Kalau tak silap mendiang Chua Boon Huat dulu pun pernah berkelana di Eropah dan bermain di Liga di sana.
    Sedikit sebanyak ia membantu Chua jadi pemain yang matang dan intelligent di padang, sesuatu yg jarang ada pemain2 kita. Bekas jurulatih, Revington amat value tinggi Chua.
    Harap2 pemain2 Malaysia ambil kesempatan bermain di Europe. Dari segi skill, pemain2 kita mmg hebat, cuma perlu tingkatkan bahagian “decision making” dan penggunaan bola dengan bijak.

  2. Tak sangka juga yer,rupanya ada jugak player hoki kita yang bakal bertaraf dunia tak lama lagi,tapi alangkah baiknya jika player bola sepak kita pun mempunyai standed tinggi supaya lebih banyak peluang untuk ke eropah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)