Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain Harimau Muda bakal beraksi di Liga Slovakia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Satu berita yang menggembirakan bagi pasukan bolasepak tempatan apabila pemain ‘Harimau Muda’ ( pemain skuad Olimpik Malaysia) mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce. Pemain yang mendapat perhatian ialah Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas. Untuk permulaan, mereka dijangka akan beraksi untuk kelab terbabit secara pinjaman selama 3 bulan hingga November ini.

Image Hosting
Skuad Harimau Muda

Ini sebenarnya satu perkembangan yang baik untuk mutu pasukan bolasepak negara. Walaupun pasukan kelab dari Slovakia ini tidak sepopular kelab-kelab Eropah lain namun ianya mungkin merupakan permulaan bagi pemain negara untuk mengintai peluang ke kelab Eropah yang lain (setakat ini pasukan Zlate Moravce menduduki tempat ke 3 liga Slovakia dalam 6 perlawanan di mana 3 tempat teratas berpeluang untuk masuk kejohanan kelab Eropah). Untuk makluman, FC ViOn Zlate Moravce pernah memenangi ‘Slovakia Cup’ pada 2007 dan pernah masuk ke ‘UEFA Cup’ pada 2007/2008 hingga ke pusingan kedua sebelum tumpas di tangan FC Zenit (juara kejohanan pada tahun itu) dan mendapat tempat ke -6 pada Liga musim 2010/2011. Sumber Wikipedia

Wan Zack Haikal merupakan pemain di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad ini ketika sesi perlawanan persahabatan di Slovakia, Irfan Fazail bertindak sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan 1 gol manakala Fadhli Sas bertindak sebagai pemain pertahanan tengah.


Wan Zack Haikal..

Irfan Fazail

Fadhli Shas

Harap-harap pemain ini tidak akan melepaskan peluang untuk membuktikan kepada dunia bahawa pemain Malaysia juga mempunyai keupayaan dalam arena bolasepak antarabangsa.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)