Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Satu berita baik untuk skuad Harimau Muda A dan juga skuad bolasepak tempatan. Pemain warganegara Malaysia yang bermain di Liga Super China, >Tam Sheang Tsung yang berusia 18 tahun dikatakan akan menyertai latihan bersama pasukan Harimau Muda A. Pemain kelahiran dan dibesarkan di Jepun ini memliki passport Malaysia. Ini kerana bapa dan ibu beliau adalah warganegara Malaysia yang merupakan seorang usahawan restoran di negara Jepun.

Berita ini ditulis oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee dalam twitter beliau :-

Semoga kehadiran beliau yang mempunyai pengalaman berlatih dengan pasukan di Liga China bersama bekas pemain antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka dapat membantu skuad Harimau Muda untuk menjadi skuad yang lebih mantap terutamanya untuk kejohanan Sukan SEA pada tahun ini.
Ini video sedikit ketika beliau disambar oleh Kelab Liga Super China, Shanghai Shenghua
Sekian.
p/s :- Sebenarnya ada beberapa lagi pemain Malaysia yang bermain di luar negara tapi tak ramai yang mengetahuinya. Samada mereka berusaha sendiri ke tempat luar atau nama mereka tidak mendapat perhatian dari jurulatih dan peminat bolasepak tempatan.


tak pernah pulak aku tahu
harap2 beliau dapat mewakili malaysia dan berikan sumbangan bermakna
TehR recently posted…Pantun Maki Orang
Reply
zool
Reply:
January 18th, 2013 at 09:11
Ni beritau le ni
Reply
Ramai rupanya bakat2 muda ni bermain kat luar..
fazdlie recently posted…Samsung Galaxy Note 2 PERCUMA | U Mobile Prepaid
Reply
semoga dia dapat menyumbangkan tenaga utk malaysia
hairulafiz recently posted…Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs ATM
Reply
aku rasa memang ramai. Cuma kita tak tahu aje..
Reply