LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain berusia 15 tahun juara kejohanan badminton Dunia Junior 2015

Pemain badminton wanita Malaysia berusia 15, Goh Jin Wei tahun mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi Kejohanan Badminton Junior Dunia 2015 minggu lalu.
Tambah menarik apabila Jin Wei bertemu rakan senegara Lee Ying Ying di perlawanan akhir. Kejohanan yang berlangsung di Lima, Peru itu juga menyaksikan kejutan yang dilakukan oleh Lee Ying Ying yang berada dalam kelompok bukan pilihan untuk ke perlawanan akhir.
Beliau berjaya menumpaskan pilihan ke 3, Supanida Katethong dari Thailand, pilihan ke 9 Clara Azurmendi dari Sepanyol dan pilihan ke 8 Julie Dawall Jakobsen dari Denmark dalam laluan ke separuh akhir.

goh jin wei

Manakala Jin Wei yang diletakkan selaku pilihan ke 4 tidak mengalami masalah menumpaskan pemain Jepun, Moe Araki di separuh akhir dengan keputusan 21-10, 21-10.
Jin Wei berjaya memenangi kejohanan tersebut dengan menumpaskan Lee Ying Ying keputusan 21-15, 21-16.

lee-ying-ying

Keputusan ini cukup baik untuk sukan badminton negara. Bukan hanya seorang sahaja harapan bagi perseorangan wanita, malahan ada 2 wakil menandakan ada potensi untuk mengegar arena badminton dalam acara wanita. Cuma pemain ini perlu berdisplin dan dibimbing agar bakat mereka tidak terhenti di tengah jalan.
Bagi pemain junior lelaki pula, nampaknya selepas Zulfadli menjuarai pada tahun 2011, tiada pemain lain mampu mengikut jejak langkahnya.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Pemain berusia 15 tahun juara kejohanan badminton Dunia Junior 2015

  1. Ada sinar baru untuk pasukan Badminton wanita pada masa akan datang… Sehingga ke hari ini, masih belum ada pemain badminton wanita negara yang mencipta kecemerlangan seperti mereka…. Harap mereka bakal menggantikan DLCW satu hari nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)