Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain berbakat besar yang tidak mencapai kemuncaknya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini ingin berkongsi pendapat tentang beberapa pemain bolasepak era 2000an yang pada waktu itu berbakat besar namun pada penghujung kerjaya tidak mencapai kemuncaknya. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya namun ini sekadar pendapat sahaja. Ini berdasarkan pemerhatian saya mengikuti serba sedikit tentang perkembangan bolasepak.
Jika sesiapa yang mengikuti bolasepak pada era awal 2000 mungkin akan mengenali beberapa pemain yang menyertai kejohanan seperti Sukan SEA 2001. Ketika itu terdapat beberapa nama pemain muda yang mempunyai potensi untuk maju dan menjadi pemain pelapis negara. Namun tidak semuanya berjaya mencapai impian untuk berjaya sebagai pemain bolasepak berjaya.

Antaranya ialah :-

 

1)     Akmal Rizal

Akmal Rizal
– Saya antara peminat bolasepak yang kagum dengan Akmal Rizal pada era tersebut. Selepas bermain di kelab Divisyen 3 di Perancis, FC Hagenau pada tahun 1999-2001, corak permainan beliau berbeza dari rakan sepasukan dalam kebangsaan. Cukup menakjubkan ketika itu, malahan beliau menjadi antara penyerang yang dikatakan akan menjadi lagenda. Selepas tidak mendapat peluang bermain di Liga Eropah, beliau kembali ke Liga Malaysia bersama Juzaili Samion.

Kembali ke Kedah, beliau membantu pasukan kelahirannya dengan menjaringkan banyak gol. Namun selepas berpindah ke kelab gergasi, Selangor prestasi beliau menurun. Ditambah pula dengan beberapa siri kecederaan menyebabkan beliau terpaksa berkelana ke banyak pasukan. Prestasi menakjubkan ketika di awal usia 20-an tidak mampu dilakukan dan beliau hilang tempat dalam pasukan kebangsaan. Ketika pemain seera seperti Indra Putra dan Shukor Adan berjaya mendapat piala kejohanan serta mendapat panggilan dalam skuad kebangsaan, karier Akmal semakin sampai ke penghujungnya.
Apapun, semoga beliau mampu cemerlang dalam apa jua bidang selepas ini.

 

2)      Rafdi Rashid
– Antara penyerang handalan seangkatan dengan Khalid Jamlus serta pernah bermain dalam kelayakan Olimpik dengan Akmal Rizal. Pemain ini pernah juga menjadi wira pasukan Perak dalam kejohanan Piala Malaysia. Namun kariernya agak singkat. Ketika beliau diharapkan akan mewarnai pentas Liga Malaysia, kelibatnya hilang. Diberitakan yang beliau mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa menamatkan kariernya lebih awal.

3)       Kamarulzaman Hassan

kamarulzaman-hassan
– Seorang penjaga gol yang mempunyai fizikal yang cukup baik. Penjaga gol tinggi lampai ini dijangkakan bakal menjadi penjaga gol utama menggantikan Khairul Azman Mohamad ketika itu. Walaubagaimanapun selepas kesilapan besar menjaringkan gol sendiri ketika perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2001, nama beliau semakin terkubur. Bermain untuk pasukan bawahan dan tiada lagi kelibatnya mewakili pasukan kebangsaan walaupun pada era ini skuad negara agak ketandusan penjaga gol.

4)          Titus James Palani

titus-james-palani
– Pemain yang menggemparkan peminat bolasepak tempatan apabila memecah rekod menimbang bola pada usia yang muda. Beliau juga berjaya menambat hati pasukan Eropah ketika dalam usia belasan tahun. Mengambil keputusan untuk berkelana di luar negara dan menjadikan Perancis sebagai destinasi. Sehingga kini beliau hanya bermain di kelab divisyen bawahan di Perancis dan tidak pernah bermain untuk negara. Walaupun mencuba ketika sesi ujian di Blackburn pada 2 tahun yang lalu namun tidak berjaya menambat hati pengurus. Dalam usianya yang telah menghampiri 30-an, kemungkinan untuk beliau beraksi di Liga Utama Eropah sudah hampir terkubur.

Berikut merupakan antara pemain yang pernah dijangka untuk menjadi lagenda pada masa kini namun tidak tercapai. Sekali lagi, ini sekadar pendapat sahaja dan bukanlah untuk mengkritik mereka.  Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka untuk menjadi pemain yang hebat dan dikenang sepanjang zaman.

 

Sekian

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Pemain berbakat besar yang tidak mencapai kemuncaknya

  1. Sebenarnya saya agak kecewa juga dengan Titus James Palani.. Sebab saya juga berharap dia merupakan pemain Malaysia yang mampu menyinar di pentas antarabangsa… Tapi sayangnya nasib tidak berpihak kepada beliau…

  2. jika mereka beri ruang dna kuat usaha boleh sahaja ke depan mungkin orang akan perasan akan kewujudan mereka.amin

  3. Huhu..tak pernah lagi dgr nama org hebat ni..maklum la..dulu tak layan Sgt bola ni..terima kasih kongsikan..leh tambah ilmu haa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)