LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain Badminton Negara Juarai Terbuka Hyderabad, Terbuka Hellas 2019

Hari ini keputusan pemain badminton negara agak baik dalam kejohanan Badminton Terbuka Hyderabad dan Terbuka Hellas.
Meskipun kedua-dua kejohanan itu tidak menampilkan pemain terbaik dunia namun ia memberi ruang terutama kepada barisan pelapis negara untuk melangkah sejauh mungkin.
Dalam kejohanan badminton Terbuka Hyderabad, pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron/ Cheah Yee See berjaya menjuarai kategori tersebut selepas menumpaskan Adnan Maulana/ Mychelle Crhystine Bandaso di Stadium Tertutup Gachibowli, Hyederabad India sebentar tadi.
Pasangan negara itu ketinggalan pada set pertama sebelum berjaya memenangi set berikutnya dengan keputusan 16-21, 21-15,21-11 pada kejohanan Jelajay BWF berstatus Super 100 itu.

Sementara itu dalam kejohanan di Terbuka Hellas 2019, di Sidirokastro , Greece pula dua pemain perseorangan lelaki dan wanita berjaya menguasai kejohanan tersebut.


Pemain muda Lim Chong King berjaya selepas menumpaskan rakan senegara AIdil Sholeh ALi Sadikin 8-21, 21-13 dan 21-15.
Pemain wanita negara, S Kisona pula berjaya menumpaskan pemain pilihan ketiga dari Myanmar Thet Htar Thuzar dengan keputusan 21-14, 21-10.
-BERNAMA

Tahniah kami ucapkan kepada pemain negara. Meskipun status kejohanan tidak berstatus bintang namun ia boleh memberi sedikit mata untuk kelayakan Olimpik.
Mungkin ia boleh memberikan semangat kepada barisan pemain negara untuk melangkah lebih jauh lagi.

Kredit Gambar :- Twitter AdamZamri

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)