Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pemain Badminton Malaysia Positif COVID-19

Enam Pemain dibawah naungan BAM sah positif COVID-19. Menurut BAM, kesemua pemain tidak menunjukkan simptom dan kini sedang menjalani kuarantin dan pemantauan.
Selepas mengadakan perbincangan dengan KKM, MSN dan Institut Sukan Negara (ISN), kesemua 91 pemain, jurulatih dan pegawai yang berpangkalan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara terus melakukan ujian Covid-19 dengan kadar segera.

Hasil daripada ujian berkenaan kesemua 91 individu berkenaan memperoleh keputusan negatif dan dalam masa sama ABM juga sudah melakukan proses sanitasi.

Bagaimanapun, BAM tidak mendedahkan identiti keenam-enam pemain berkenaan dan difahamkan ia tidak membabitkan mereka yang sudah mengambil vaksin dos pertama Selasa lalu.

BAM juga mengharapkan keenam-enam pemain berkenaan kembali sembuh dengan kadar segera dan dapat meneruskan latihan seperti biasa.

Sumber :-Hmetro

Please follow and like us:
error0

One thought on “Pemain Badminton Malaysia Positif COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)