post

Pemain Badminton Indonesia mengaku rasuah bekas menteri sukan

Seorang pemain badminton Indonesia yang pernah bergelar juara dunia 2005 dan juara Olimpik 2004 itu mengaku sebagai perantara dalam kes rasuah bekas Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi yang memegang jawatan tersebut dari tahun 2014 hingga 2019 itu.
Pemain tersebut, Taufik Hidayat yang merupakan juara Terbuka Indonesia sebanyak enam kali mengaku telah memberi Rp1 billion (RM290,000) kepada pembantu peribadi menteri , Miftahul Ulum pada Januari 2018.

Menurutnya, beliau telah menerima panggilan telefon untuk mendapatkan bantuan kewangan. Pendakwa Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) telah mendakwa Imam atas tuduhan menerima rasuah sebanyak Rp11.5 billion dan tawaran bernilai Rp 8.64 billion daripada beberapa pegawai Komite Olahraga Nasional Indonesia(KONI).

Memang mengejutkan bila menerima berita ini. Diharap tiada atlet sukan Malaysia mengalami isu seperti ini ye.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.