post

Pemain badminton beregu professional negara menang gelaran pertama

Pemain badminton beregu lelaki professional negara, Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi berjaya memenangi gelaran pertama untuk Malaysia pada tahun ini selepas menjuarai kejohanan Masters Thailand, Bangkok semalam.
Beregu no 20 dunia ini berjaya menumpaskan pasangan dari China, Huang Kai/Xiang Lui Cheng pada perlawanan akhir sengit yang mengambil masa 72 minit.
Yew Sin/ Ee Yi yang digugurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencatatkan keputusan 18-21,21-17,21-17.
Pasangan ini merupakan satu-satunya wakil di akhir selepas pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong serta dua pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dan Goh SOon Huat/ Shevon Lai tumpas pada separuh akhir.

Dalam acara lain, pemain Hong Kong Ng Ka Long menjuarai perseorang lelaki sementara pemain perseorangan wanita Jepun Akane Yamaguchi berjaya memenangi kategori wanita.
Bagi pasangan beregu pula dikuasai pasangan Chinga Chen Qing/Jia Yi Fan manakala beregu campuran dimenangi pasangan Indonesia Hafiz Faizal/ Gloria Emanuelle.

  • BERNAMA

Keputusan ini ada pro dan kontranya. Prestasi pemain perseorangan lelaki dan wanita agak mengecewakan kerana tiada yang mampu mara ke separuh akhir meskipun kejohanan ini nampaknya tidak dibarisi pemain handalan dunia.
Lee Zii Jia yang diharapkan mampu sekurang-kurangnya ke separuh akhir tidak mampu melangkah peringkat lebih tinggi dan tumpas kepada pemain yang kurang ternama. Ini satu petanda yang agak kurang baik.
Bagi Yew Sin/ Ee Yi pula diharap mereka perlu lebih konsisten. Meskipun menjadi juara tetapi perlu diingat bahawa lawan mereka bukanlah top 5. Mereka tidak perlu cepat berpuas hati dengan kejayaan ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.