Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pelumba TSG gagal di LTDL

PUTRAJAYA: Perlumbaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 berakhir di sini, dengan pasukan negara Terengganu Cycling Team (TSG) gagal melaksanakan misi berada di podium. Kedudukan terbaik mereka hanya menerusi Shahrul Mat Amin yang berkedudukan kelima saingan terakhir dari Setiawangsa ke Putrajaya hari ini seterusnya bergelar pelumba terbaik Malaysia bagi edisi ke-22 ini. Bagaimanapun, Kapten TSG, Zamri Saleh menyifatkan persembahan pasukan berstatus benua dari Terengganu itu adalah antara yang terbaik pernah disaksikan. “Walaupun tidak memenangi sebarang peringkat perlumbaan, saya berpandangan prestasi kami adalah antara yang terbaik. “Kami meraih satu kedudukan podium, juara kategori pelumba tempatan terbaik selain sentiasa konsisten dalam senarai 10 pelumba terbaik. “Jika Harrif (Saleh) dapat meneruskan perlumbaan dan tidak mengalami kecederaan, keputusan mungkin berbeza. “Saya pasti persaingan pecut di garisan penamat lebih menarik kerana kekuatan dia dan saya jauh berbeza,” katanya yang meraih tempat ketiga pada peringkat ketiga Jumaat lalu.

Terengganu Cycling Team

 

Katanya, tuah juga tidak menyebelahi pasukan itu pada tahun ini apabila Harrif dan Anuar Manan terbabit dalam kemalangan seawal peringkat pertama. Malah katanya, kemalangan itu berlarutan apabila Harrif sekali lagi terjatuh pada peringkat kedua hingga menarik diri. “Kami sudah melakukan persiapan yang terbaik apabila menjalani latihan di Melbourne. Malah kami tidak terlalu ketinggalan dengan kelompok depan pelumba walaupun saingan kali ini lebih banyak berbukit,” katanya. TSG juga gagal mempertahankan Jersi Pelumba Terbaik Asia yang dimenangi Adiq Husainie Othman pada edisi 2016.

-BHarian

Walaupun pasukan TSG tidak mencapai sasaran untuk mempertahankan Jersi Pelumba Terbaik Asia namun pencapaian tetap membanggakan. Semoga mereka perlu membuat persediaan yang lebih rapi untuk tahun depan terutama bagi menyediakan backup plan sekiranya masalah kehilangan pelumba seperti yang berlaku pada edisi kali ini dimana Harrif Salleh tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)