LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pelumba Malaysia mengemis

SEBUT sahaja pelumba Malaysia dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), ramai mengakui pelumba negara terkenal dengan kepakaran beraksi di litar basah terutama berlumba pada cuaca hujan.

Kepakaran seumpama itu berjaya mele­takkan pelumba-pelumba negara setanding pelumba antarabangsa termasuk Khairul Idham Pawi yang me­rangkul dua kemenangan Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman pada saingan Moto3 2016.

Bukan itu sahaja, pelumba Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan apabila Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi dalam saingan Moto2 turut menaiki podium dua kali sekali gus mele­takkan namanya di kedudukan 10 terbaik dunia pada musim 2017.

Bagaimanapun, kejayaan ter­sebut seolah-olah dipandang sepi terutamanya daripada penaja da­lam kalangan syarikat-syarikat swasta di Malaysia untuk memberi sokongan kepada pelumba negara.

Justeru, tidak menghairankan apabila ramai pelumba berpotensi negara terpaksa ‘mengemis’ untuk mendapatkan tajaan bagi melebarkan sayap mereka di pentas antarabangsa.

Beberapa nama seperti Azlan Shah Kamaruzaman yang ber­aksi pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Hafizh Syahrin, Adam Norrodin (Moto3), Khairul Idham Pawi (Moto2), Zulfahmi Khairudin (Kejuaraan Superbi­ke Dunia – WSBK) dan Mohd. Zaqhwan Zaidi (ARRC) berjaya membuktikan mereka antara pelumba Malaysia yang menyerlah ketika ini.

Azlan Shah Kamarudin yang beraksi di  Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC)

Namun, jika ingin mengupas perjalanan mereka ke pentas dunia bukan sesuatu yang mudah kerana kesemuanya terpaksa me­nempuh pelbagai dugaan bahkan bergadai harta benda bagi merealisasikan impian masing-masing beraksi di peringkat an­ta­rabangsa.

Ketika ini, hanya Petroliam Nasional Berhad (Petronas) antara syarikat tempatan negara yang sudah mengeluarkan modal juta­an ringgit untuk memastikan anak bangsa Malaysia mampu mengecapi kejayaan di pentas dunia.

Antara tajaan Pe­tronas adalah program pemba­ngunan bakat remaja menerusi perlumbaan se­­perti Kejuaraan Cubprix, ARRC, Kejuaraan Motosikal Re­maja Dunia FIM CEV dan Moto­GP mene­rusi kategori kelas Moto2.

Bekas pelumba Moto2 negara, Azlan Shah yang kini beraksi dalam perlumbaan ARRC meng­akui pelumba-pelumba tempatan negara mempunyai bakat yang sangat baik, namun bakat tersebut terbantut apabila tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Kesusahan untuk mencari tajaan sudah dirasai Azlan sendiri malah mengakui terpaksa me­nge­luarkan duit poket sendiri semata-mata mahu mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pelumba.

Kini, pelumba berusia 33 tahun membuktikan antara pelumba yang disegani apabila melakar kemenangan ARRC 2017 bersama pasukan Kawasaki Indonesia.

“Zaman saya beraksi dalam saingan dunia lebih sukar kerana tiada siapa membantu saya ketika itu dan hanya mengharapkan bantuan pasukan. Jika difikirkan memang sedih tetapi apa boleh buat, kita hanya lakukan terbaik demi nama negara.

“Harapkan bantuan pihak luar daripada muda sampai ke tua memang tak dapat. Sampai umur saya 33 tahun masih belum dapat sebarang bentuk bantuan sehingga saya terpaksa menyertai pasukan Kawasaki di Indonesia untuk beraksi dalam saingan ARRC. Meskipun serba kekura­ngan, saya masih mampu bergelar juara di peringat Asia.

“Jadi, nasihat saya kepada pelumba-pelumba di luar sana, sumber kewangan adalah pen­ting ketika kita melangkah ke peringat dunia,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kejayaan pelumba negara da­lam saingan dunia turut mendapat perhatian pengulas legenda MotoGP, Nick Harris apabila me­­nyifatkan pelumba Malaysia mempunyai potensi besar untuk ber­aksi dalam saingan utama MotoGP.

“Pelumba Malaysia terkenal de­­ngan kepakaran beraksi di atas litar basah dan mereka se­olah-olah seperti meluncur di atas permukaan air. Saya lihat rata-rata pelumba Malaysia sudah biasa beraksi dalam keadaan hujan.

“Saya yakin satu hari nanti pelumba Malaysia akan beraksi di pentas utama MotoGP dan percaya perkara tersebut akan menjadi realiti. Bagi saya, program pembangunan perlu diteruskan agar Malaysia mampu melahirkan lebih ramai pelumba berbakat,” katanya.

Selain Petronas, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) turut terpanggil menyediakan platform bagi mengembangkan bakat pelumba tempatan di pentas dunia apabila menganjurkan perlumbaan Malaysia Superbike.

Pada tahun 2009, SIC mula mengembangkan peranannya apa­­bila turut menubuhkan sebuah pasukan iaitu SIC Racing Team dan menghantar pelumba negara beraksi dalam saingan kelas Moto3 menerusi Zulfahmi Khairuddin. Ketika ini, tempat Zulfahmi digantikan oleh Adam Norrodin.

Masalah penajaan bukan se­sua­tu yang baharu apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah meluahkan bahawa tajaan daripada sektor swasta sangat suram sedang­kan sokongan mereka sa­ngat diperlukan khususnya membantu pelumba negara beraksi ke peringkat MotoGP.

“Saya minta lebih banyak syarikat swasta tampil memandangkan sukan permotoran melibatkan kos sangat tinggi. Oleh itu, apabila pelumba sampai ke tahap MotoGP, kementerian berharap mereka akan dapat bantuan daripada sektor swasta. Saya percaya pulangannya sangat tinggi,” katanya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memberi bantuan kepada program pembangunan bakat. Antaranya, pelumba pasu­kan SIC Racing Team, Adam, 19, yang berlumba dalam kelas Moto3 pada MotoGP turut mene­rima penajaan KBS.

Adam Norrodin yang ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk beraksi dalam kejohanan Moto3

Bagaimanapun, persoalan utama adalah sampai bila kita mahu melihat agensi kerajaan terus memberi tajaan jutaan ringgit sedangkan banyak sektor swasta yang berpotensi tampil ke depan membantu pelumba negara meng­harungi saingan MotoGP bagi mengharumkan nama Malaysia.

Sumber :-Kosmo

Ligakampung takde duit juta-juta.. Kalau ada boleh juga kami jadi penaja.Kesian pula sebab terpaksa mengemis minta penaja luar sedangkan Malaysia banyak syarikat hebat-hebat ni..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)